mattzzx Publish time 11-10-2023 12:52 PM

All Blacks harap penyokong tak nyanyi lagu Zombie

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/10/Ragbi-2-1.jpg
PEMAIN New Zealand bersedia membuktikan reputasi mereka sebagai juara dunia tiga kali apabila berdepan Ireland pada suku akhir Ragbi Piala Dunia di Paris, Sabtu ini. – AFP



PARIS: Juara dunia tiga kali, New Zealand mahu mengelak gangguan di dalam dan luar padang apabila menentang gergasi Eropah, Ireland pada suku akhir Ragbi Piala Dunia, Sabtu ini.

Lock All Blacks, Brodie Retallick berkata, pemain melihat kekalahan terakhir kepada pa­sukan No. 1 dunia itu di Wellington pada 2022 sebagai motivasi untuk bangkit di Stade de France hujung minggu ini.

Retallick yang menjulang Piala Dunia bersama All Blacks di England pada 2015 dan menduduki tempat ketiga di Jepun pada 2019 berkata, tumpuan sepenuhnya perlu diberikan dalam pertembungan dengan Ireland.

“Anda berpotensi mendapat tekanan daripada papan mata, dan bahagian lain dalam perlawanan.

“Anda tidak boleh terlalu terganggu dengan perkara itu dan kekalkan momentum sekarang. Saya telah melihat banyak pasukan bangkit daripada permulaan buruk.

“Saya bernasib baik ketika menang pada 2015 dan kemudian tersingkir (separuh akhir empat tahun lalu), untuk merasai keperitan tidak berada di final.

“Jadi rancangan kami adalah jelas untuk tidak lagi merasai kesakitan itu lagi pada hujung minggu ini,” kata Retallick.

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/10/Brodie-Retallick-600x450.jpg
Brodie Retallick

Bagaimanapun kata Retallick, Ireland bukan sahaja ­berada dalam prestasi terbaik mereka, malah menerima banyak soko­ngan sepanjang kejohanan itu.

“Jika kami melakukan tugas dengan betul, ia akan membuatkan penyokong mereka ‘terkeluar daripada permainan’.

“Namun itulah perkara hebat tentang sukan ini, bagaimana penyokong mampu memberi impak kepada pasukan.

“Saya pernah dengar mereka nyanyi lagu The Cranberries (Zombie), ia lagu yang bagus tapi saya harap mereka tidak menyanyikannya Sabtu nanti,” katanya. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ragbi/2023/10/all-blacks-harap-penyokong-tak-nyanyi-lagu-zombie/
Pages: [1]
View full version: All Blacks harap penyokong tak nyanyi lagu Zombie


ADVERTISEMENT