mattzzx Publish time 11-10-2023 11:43 AM

Risiko, beban kerja polis tak sepadan gaji - Pesara polis

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HARI_POLIS_KUCHING_1696951648.jpg
GAMBAR fail. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Gaji pegawai rendah polis (PRP) ketika ini tidak setimpal dengan beban dan risiko terpaksa ditanggung anggota berkenaan ketika bertugas, menurut pesara polis, Senior Asisten Komisioner (B) Abd Razak Md Zin.

Beliau berkata, kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan menyelaras gaji anggota gred YA1 pada paras minimum RM1,500.

"Tangga gaji PRP ketika ini adalah amat rendah berbanding tugas dan tanggungjawab mereka yang berat dan mencabar.

"Beban tugas dan tanggungjawab yang demi keselamatan dan ketenteraman awam memerlukan komitmen tinggi ditambah dengan risiko keselamatan diri.

"Tahap kesihatan mereka juga boleh terjejas kerana penugasan yang tidak menentu masanya dan di luar jangkaan," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi hari ini.

Abd Razak yang berkhidmat hampir empat dekad sebagai pegawai kanan polis berkata, kenaikan itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kos sara hidup anggota terbabit.

Selain itu, katanya, ia sedikit sebanyak dapat menaikkan moral anggota polis dan mengurangkan tekanan ke atas PRP yang saban hari terpaksa menanggung beban kerja yang tinggi.

"Amat wajar cadangan yang dikemukakan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain bagi menyelaraskan gaji minimum anggota gred YA1 kepada RM1,500.

"Tidak dinafikan ketika ini semua pihak termasuk mengalami tekanan atas kos sara hidup yang tinggi namun, sekurang-kurangnya kenaikan ini dapat mengurangkan tekanan kepada PRP," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1018622/risiko-beban-kerja-polis-tak-sepadan-gaji-pesara-polis
Pages: [1]
View full version: Risiko, beban kerja polis tak sepadan gaji - Pesara polis


ADVERTISEMENT