Raline Publish time 11-10-2023 08:40 AM

Bunga ‘hidupkan’ semula Ashraf Sinclair

Bunga ‘hidupkan’ semula Ashraf Sinclair

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/BUNGA-ASHRAF.jpg
FOTO romantik bersama Ashraf dijadikan hiasan latar belakang pentas konsert BCL.


PENYANYI Bunga Citra Lestari membuat kejutan pada hari kedua Konsert Circus Concerto – Music, Attraction, Illusion di JIExpo Convention Center & Theatre pada Ahad lalu.

Persembahan menggabungkan sirkus dan muzik tersebut menyajikan penampilannya yang bertenaga selain menampilkan pelbagai visual menarik termasuk termasuk pertunjukan akrobatik.

Banyak lagu popular dipersembahkan sehingga seluruh dewan teruja mengikuti pelbagai sorotan sepanjang acara mega itu berlangsung.

Namun, segmen yang membuatkan ramai tersentuh adalah ketika menyampaikan lagu Tenang Kamu ditujukan khas buat Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

Dengan mata berkaca, ibu tunggal anak satu itu berkongsi keistimewaan dendangannya, terutama yang berkaitan Ashraf.

“Ada beberapa lagu yang mengingatkan saya kepada Ashraf, dan saya akan mulai dari pertama kerana ini sangat istimewa dan mengingatkan saya kepada momen awal pertemuan dengan Ashraf pada 2007,” katanya.

Sepanjang lagu diperdengarkan, di layar putih gambarnya bersama suami tercinta terpampang membuatkan ramai penonton mengalirkan air mata.

Apatah lagi semua momen bahagia mereka cukup menyentuh hati, terutama dengan kehadiran anak tunggal diberi nama Noah Sinclair.

Momen mengenang Ashraf yang meninggal dunia tiga tahun lalu ditutup dengan lagu Keluarga Cemara dan Cinta Sejati.


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10/11/bunga-hidupkan-semula-ashraf-sinclair/

aammyy Publish time 12-10-2023 10:35 PM

Sblm lakinya meninggal, BCL mmg masih lagi relevan ke kat sana?

apalancut Publish time 15-10-2023 10:09 PM

BCL ni mcm menunggang je..
Pages: [1]
View full version: Bunga ‘hidupkan’ semula Ashraf Sinclair


ADVERTISEMENT