Raline Publish time 11-10-2023 07:25 AM

Atlet pelapis mampu kibar cabaran

Atlet pelapis mampu kibar cabaran

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SUKAN_ASIA_2022_TERJUN_1696928972.jpg
AKSI Jellson Jabillin pada pusingan akhir acara terjun 10 meter platform di Sukan Asia Hangzhou.


Kuala Lumpur: Ketandusan atlet pelapis hanya kes terpencil atau membabitkan sukan tertentu apabila prestasi ditunjukkan atlet muda di dalam kejohanan utama seperti Sukan Sea dan Sukan Asia Hangzhou 2022 memberi sinar terdapat pengganti di dalam sukan utama.

Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin berkata, ketika ini sudah ada atlet sedang dibangunkan termasuk memenangi pingat di Sukan Sea Hanoi, Mei lalu serta pertama kali menyertai Sukan Asia.

Beliau berkata, lebih membanggakan apabila ada dalam kalangan mereka yang memenangi pingat di Hangzhou, sekali gus memberi mesej positif terhadap sukan Malaysia.

"Terdapat 44 atlet muda yang pertama kali menyertai temasya Sukan Asia di Hangzhou, baru-baru ini dan 19 orang atlet muda itu menang pingat.

"Atlet muda sudah menunjukkan prestasi terbaik mereka. Misalnya Jellson (Jabillin), Rhodict (Bertrand Rhodict Lises) bagi acara terjun lelaki yang mendapat tempat keempat dan kelima (saingan 10 meter (m) platform individu) di Sukan Asia baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata, ketika ini terdapat 257 atlet pelapis dan sebahagian besar sudah diberikan pendedahan ke kejohanan besar termasuk Sukan Sea.

Beliau berkata, melihat perkembangan yang ditunjukkan atlet muda negara ini, mereka berada di landasan terbaik untuk menonjol pada masa akan datang.

Katanya, bagi sukan ekuestrian, mereka sentiasa dihantar menyertai kejohanan dunia remaja.

"Kita pernah menang dan tahun lalu, kita menang di menang kejohanan dunia. Jadi kita ambil maklum dengan perkembangan semasa dan kita sentiasa berhubung dengan pihak persatuan bagi mengetahui persiapan untuk atlet ekuestrian," katanya.

Terdahulu, Malaysia menamatkan Sukan Asia Hangzhou 2022 di tangga ke-14 secara keseluruhan dengan enam emas, lapan perak dan 18 gangsa.

Secara keseluruhan kontijen negara memenangi 32 pingat dan ia telah melepasi sasaran yang diletakkan sebelum Sukan Asia bermula iaitu 27 pingat.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/10/1018546/atlet-pelapis-mampu-kibar-cabaran

Pages: [1]
View full version: Atlet pelapis mampu kibar cabaran


ADVERTISEMENT