mattzzx Publish time 10-10-2023 11:40 AM

F1: Max Verstappen menuju kelompok elit

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/MAX-VERSTAPPEN-2.jpg
VERSTAPPEN mengesahkan kejuaraan dunia buat kali ketiga berturut-turut selepas muncul juara pada GP Qatar awal pagi semalam. - AFP

DOHA – Bekas juara dunia dari Jerman, Nico Rosberg menganggap pelumba Red Bull, Max Verstappen semakin hampir untuk menjadi pelumba terbaik sepanjang zaman selepas menjulang kejuaraan dunia Formula Satu (F1) buat kali ketiga berturut-turut.

Sebagai rekod, Verstappen mengesahkan statusnya selaku pelumba terbaik apabila mengesahkan kejuaraan dunia hatrik selepas mengutip 433 mata dalam 16 perlumbaan musim ini pada perlumbaan Grand Prix (GP) Qatar awal pagi semalam.

Malah, Verstappen turut cemerlang memenangi perlumbaan di Litar Antarabangsa Losail itu sekali gus meraih kemenangan GP ke-14 dengan pelumba McLaren, Oscar Piastri dan Lando Norris melengkapkan kedudukan podium.

Kata Rosberg, apa yang dilakukan oleh Verstappen sepanjang musim ini adalah sesuatu yang cukup bersejarah kerana bukan mudah untuk mendominasi perlumbaan F1 bagi tempoh yang lama.

“Saya sangat teruja menyaksikan Verstappen sekali lagi mengesahkan kejuaraan dunia buatnya bagi musim ketiga berturut-turut. Dia memiliki bakat yang luar biasa dan mencipta rekod demi rekod.

“Buat masa ini terlalu awal untuknya dilabel sebagai salah seorang pelumba terbaik dunia setanding Juan Manuel Fangio, Michael Schumachers, Ayrton Senna atau Lewis Hamilton. Namun, Verstappen kini menuju ke arah pengiktirafan tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Rosberg yang juga bekas juara dunia edisi 2016 turut menganggap pasukan Red Bull cukup bertuah memiliki pelumba berkualiti seperti Verstappen dan perlu ‘ikat’ kontraknya untuk tempoh yang panjang.

“Saya pasti pasukan Red Bull juga sangat gembira dengan situasi semasa kerana mereka berjaya membekalkan jentera paling kompetitif buat pelumba terbaik dunia ketika ini. Motivasi kedua-dua belah pihak memainkan peranan pasukan musim ini,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10/10/f1-max-verstappen-menuju-kelompok-elit/
Pages: [1]
View full version: F1: Max Verstappen menuju kelompok elit


ADVERTISEMENT