Raline Publish time 10-10-2023 10:50 AM

Kajol, Ajay Devgan tunggu ‘disandingkan’ semula

Kajol, Ajay Devgan tunggu ‘disandingkan’ semula


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/KAJOL-AJAY-DEVGAN.jpg
KAJOL sebenarnya ternanti-nanti naskhah yang kembali menggandingkan dirinya dengan Ajay.


AKTRES berpengalaman, Kajol mengakui gemar bekerja dengan suaminya, Ajay Devgan biarpun rata-rata pelakon lain mendakwa pengarah itu seorang yang serius sewaktu berada di set penggambaran.

Baginya, Ajay bukan sekadar aktor yang bagus, malah sutradara berpengalaman dan mempunyai sentuhan tersendiri.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1999 itu pernah bekerjasama sebagai pengarah dan pelakon menjayakan filem Ishq, Tanhaji, Pyaar To Hona Hi Tha, Dil Kya Kare dan Raju Chacha.

Sudah agak lama tidak bekerja bawah arahan Ajay, namun Kajol percaya suaminya sedang menunggu naskhah sempurna untuk kembali bekerjasama.

Tambah bintang berusia 49 tahun itu lagi, antara arahan Ajay yang digemarinya termasuk Company, Bhagat Singh serta Zakhm.

Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu menegaskan, mereka tetap profesional dan meletakkan emosi suami isteri di luar set ketika bekerja.

“Ajay tegas, bukan garang. Saya tak kecil hati kalau ditegur. Itu perkara biasa di set,” katanya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10/10/kajol-ajay-devgan-tunggu-disandingkan-semula/

Pages: [1]
View full version: Kajol, Ajay Devgan tunggu ‘disandingkan’ semula


ADVERTISEMENT