mattzzx Publish time 10-10-2023 08:50 AM

FIA pandang serius insiden cuaca ekstrem di Doha

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/AUTO-PRIX-F1-QAT_1696898492.jpg
LANDO Norris (kiri) Verstappen mengelap peluh selepas perlumbaan GP Qatar. FOTO AFP

Doha: Badan induk Formula Satu (F1) akan mengambil tindakan untuk melindungi pemandu daripada masalah haba dan cuaca panas melampau seperti yang dialami di Grand Prix (GP) Qatar Ahad lalu.

Sebahagian daripada mereka yang berlumba dalam cuaca panas itu berakhir dengan hampir pengsan, muntah dan dehidrasi teruk selepas menamatkan perlumbaan, manakala pelumba baru Williams, Logan Sargeant berasa terlalu sakit untuk meneruskan saingan.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka sudah memulakan analisis terhadap situasi di Qatar untuk memberikan cadangan bagi berdepan cuaca ekstrem pada masa akan datang.

"Langkah-langkah mungkin termasuk panduan untuk pelumba, penyelidikan ke dalam pengubahsuaian aliran udara yang lebih cekap dalam kokpit dan pengesyoran untuk perubahan pada kalendar agar sejajar dengan keadaan iklim yang boleh diterima, antara lain.

"Penyelidikan daripada sukan lain, seperti acara merentas desa dalam iklim ekstrem, akan diambil contoh untuk kemungkinan menggunakannya pada acara di litar."

FIA berkata langkah-langkah itu akan dibincangkan pada mesyuarat suruhanjaya perubatannya di Paris.

Suhu trek semasa perlumbaan malam di Litar Lusail, di mana Max Verstappen dari Red Bull merangkul gelaran dunia ketiga, tidak pernah turun di bawah 36 darjah celsius, manakala suhu siang hari melebihi 40 darjah celsius.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/10/1018324/fia-pandang-serius-insiden-cuaca-ekstrem-di-doha
Pages: [1]
View full version: FIA pandang serius insiden cuaca ekstrem di Doha


ADVERTISEMENT