mattzzx Publish time 9-10-2023 05:39 PM

Izzat Zaidi masih belum sedarkan diri

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/izzat11_1696837432.jpg
MD Izzat Zaidi Md Salehan. FOTO Cub Prix Malaysia

Johor Bahru: Pelumba CKJ Racing Team, Md Izzat Zaidi Md Salehan masih dalam keadaan kritikal dan belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini semalam.

Isterinya, Elysha Norizal berkata, keadaan suaminya masih sama selepas pembedahan kira-kira 4 pagi semalam dan masih lagi bergantung 100 peratus mesin bantuan pernafasan.

Menurutnya, setakat ini, keadaan Izzat masih tidak menunjukkan sebarang perubahan, keadaannya masih kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.

"Doktor ada memaklum ingin bertemu keluarga pada petang ini, kami sekeluarga harap ada khabar baik berkaitan keadaan suami yang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Saya juga berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesembuhan suami saya," katanya.

Elysha berkata, malah selain ahli keluarganya, anaknya sulungnya yang berusia tiga tahun turut kerap bertanya berkaitan suaminya yang masih belum sedarkan diri

"Anak-anak berada jauh di Selangor. Anak sulung selalu tanya keadaan daddy dia dan hantar pesanan suara 'daddy bangun'," katanya.

Sabtu lalu, Izzat Zaidi yang menggunakan jentera Yamaha sewaktu sesi Super-Pole CP150 melanggar penghadang jalan dan terbabas ke pagar keselamatan di tepi litar Iskandar Puteri.

Izzat Zaidi terpaksa yang mengalami patah tulang rusuk kiri dan pendarahan di bahagian paru-paru terpaksa menjalani pembedahan.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/10/1018102/izzat-zaidi-masih-belum-sedarkan-diri
Pages: [1]
View full version: Izzat Zaidi masih belum sedarkan diri


ADVERTISEMENT