mattzzx Publish time 9-10-2023 11:35 AM

Media Australia kecam penyingkiran Wallabies di Piala Dunia

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Rugbi_Australia_1696819157.jpg
AUSTRALIA tersingkir dari saingan Piala Dunia Ragbi 2023. FOTO AFP

Sydney: Media Australia mengecam kekalahan 'paling kejam' pasukan mereka dari Piala Dunia Ragbi selepas Fiji mengetepikan Wallabies untuk mara ke suku akhir, walaupun catat kekalahan mengejut kepada Portugal.

Juara dunia dua kali Australia tersingkir walaupun Fiji tewas 24-23 kepada Portugal, yang menikmati kemenangan sulung di Piala Dunia.

Keputusan itu bermakna Australia menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan C, sama 11 mata dengan Fiji, yang mara selepas menewaskan Wallabies pada awal saingan.

Penyingkiran Australia menambah tekanan kepada ketua jurulatih Eddie Jones.

"The Wallabies tersingkir dari Piala Dunia Ragbi di Perancis dengan cara yang paling kejam," tulis penulis ragbi, Julian Linden dalam The Australian and The Daily Telegraph.

"Keajaiban yang diharapkan oleh Wallabies hampir berlaku tetapi tidak cukup kerana mereka tersingkir dengan kiraan semula."

The Sydney Morning Herald merungut 'pengakhiran yang kejam untuk Australia'.

"Dengan Portugal mendahului dengan satu mata, pemain dan jurulatih Wallabies akan menjerit di televisyen mereka supaya lelaki berbaju merah menjalankan bola," tulis penulis ragbi mereka, Tom Decent.

"Satu lagi try daripada Portugal akan membolehkan Australia mara ke pusingan lapan terakhir. Ia tidak menjadi. Piala Dunia ngeri Eddie Jones berterusan."
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/10/1017972/media-australia-kecam-penyingkiran-wallabies-di-piala-dunia
Pages: [1]
View full version: Media Australia kecam penyingkiran Wallabies di Piala Dunia


ADVERTISEMENT