mattzzx Publish time 9-10-2023 10:53 AM

Verstappen menang, pesaing Mercedes berlanggar


https://assets.bharian.com.my/images/articles/versadgsrhglerhj35_1696815494.jpg
Juara dunia, Max Verstappen menjulang trofi Grand Prix Qatar selepas memenangi perlumbaan Formula Satu di Litar Antarabangsa Losail, Doha. - Foto REUTERS



DOHA: Lewis Hamilton gagal menamatkan perlumbaan selepas berlanggar dengan rakan sepasukan Mercedes, George Russell sebelum Max Verstappen yang baru dinobatkan sebagai juara dunia memenangi perlumbaan di Grand Prix Qatar.

Selepas mengesahkan gelaran pemandu buat kali ketiga berturut-turut pada perlumbaan pecut di Litar Antarabangsa Losail kelmarin, Verstappen meraih kemenangan dari petak utama, diikuti gandingan McLaren, Oscar Piastri dan Lando Norris.

Tugas Verstappen menjadi lebih mudah selepas Russell dan Hamilton, yang bermula di petak kedua dan ketiga, berlanggar sesama sendiri di selekoh pertama - dengan juara dunia tujuh kali itu terbabas di kawasan berbatu dan rakan sepasukannya tercicir ke belakang perlumbaan.

Russell bangkit mengejar dari belakang untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat, di depan pemandu Ferrari, Charles Leclerc.



Hamilton mengaku bertanggungjawab di atas perlanggaran dengan Russell dan memohon maaf di atas insiden berkenaan.

"Saya melihat ulang tayang dan memang kesilapan saya 100 peratus. Saya bertanggungjawab sepenuhnya. Saya mohon maaf kepada pasukan dan George," kata Hamilton.

Verstappen menjadi pemandu pertama mengesahkan kejuaraan dunia menerusi acara pecut. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2023/10/1162543/verstappen-menang-pesaing-mercedes-berlanggar
Pages: [1]
View full version: Verstappen menang, pesaing Mercedes berlanggar


ADVERTISEMENT