Raline Publish time 8-10-2023 06:18 PM

F1: Red Bull mula ‘pancing’ Lando Norris

F1: Red Bull mula ‘pancing’ Lando Norris


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/LANDO-NORRIS.jpg
NORRIS perlu menerima syarat menjadi pelumba kedua sekiranya berminat untuk menyertai Red Bull. - AFP


DOHA – Pelumba Williams Racing, Alex Albon membuat pendedahan mengejut selepas mendakwa pihak pengurusan tertinggi Red Bull sudah mula menghantar tawaran rasmi buat pemandu muda McLaren, Lando Norris untuk mewakili pasukan musim depan.

Difahamkan, Norris masih memiliki kontrak bersama McLaren sehingga penghujung musim 2025 tetapi situasi itu tidak menjadi penghalang buat pasukan juara dunia itu membuat tawaran dalam usaha menebus kontraknya dalam masa terdekat.

Situasi ini disebabkan Red Bull optimis Norris merupakan calon paling sesuai untuk dijadikan sebagai rakan sepasukan pelumba utama, Max Verstappen sekali gus menggantikan posisi Sergio Perez pada masa depan.

Menurut Albon, tawaran tersebut sudah pasti bakal menggugat ksetiaan Norris bersama McLaren dan segalanya kini bergantung kepadanya untuk menerima status selaku pelumba No. 2 Red Bull atau sebaliknya.

“Secara jujur, saya rasa Red Bull sudah menawarkan tempat untuk Norris dan kita akan lihat dia mahu atau tidak. Saya pernah menjadi rakan sepasukan Verstappen pada musim 2020 dan ia bukanlah tugas yang mudah.

“Namun, jika dia yakin dapat berikan saingan yang kompetitif, tidak mustahil Verstappen akan pening kepala. Cuma, hubungan Norris dengan McLaren ketika ini cukup baik dan tiada alasan untuknya menukar pasukan baharu.

“Malah, kita boleh lihat sejak Norris diberi peranan menjadi pelumba utama McLaren, pasukan itu sudah mula menunjukkan peningkatan mendadak sejak beberapa perlumbaan lepas,” kata Albon. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10/08/f1-red-bull-mula-pancing-lando-norris/

Pages: [1]
View full version: F1: Red Bull mula ‘pancing’ Lando Norris


ADVERTISEMENT