mattzzx Publish time 8-10-2023 01:22 PM

'Beri sedikit masa lagi, kita akan kalahkan Thailand'

https://assets.bharian.com.my/images/articles/yuweguiewuiguiwe_1696740459.jpg
Aksi pemain sepak takraw negara, Mohamad Azlan Alias ketika menentang Thailand dalam acara antara regu akhir pada Sukan Asia 2022 di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua. NSTP/ASYRAF HAMZAH

HANGZHOU: Meskipun terlepas dua pingat emas di Sukan Asia 2022 di tangan Thailand, beberapa petanda positif berjaya dijelmakan skuad sepak takraw negara.

Situasi itu diakui pengurus pasukan, Sarifudin Mohd Salleh yang melihat anak buahnya mampu membuatkan Thailand 'goyang' dalam dua final yang dihadapi mereka di Hangzhou.

Justeru, Sarifudin percaya peningkatan prestasi ditunjukkan barisan pemain pada Sukan Asia 2022 dapat membantu hasrat mereka untuk menumbangkan Thailand satu hari nanti.

"Memang kita kalah kepada Thailand tetapi pemain menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila memberikan tentangan yang sengit kepada Thailand.



"Kita dapat tunjukkan semangat, teknik dan taktik kita tidak ketinggalan daripada Thailand. Pemain juga tidak gentar untuk bertemu Thailand.

"Saya lihat jurang kita semakin mengecil dengan Thailand dan beri sedikit masa lagi, Insya-Allah kita akan mengalahkan Thailand," kata Sarifudin.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun membawa pulang dua pingat perak di Sukan Asia 2022 menerusi acara regu berpasukan dan acara antara regu.

Kekalahan di tangan seteru tradisi, Thailand pada acara antara regu menyaksikan mereka gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/10/1162238/beri-sedikit-masa-lagi-kita-akan-kalahkan-thailand
Pages: [1]
View full version: 'Beri sedikit masa lagi, kita akan kalahkan Thailand'


ADVERTISEMENT