mattzzx Publish time 8-10-2023 01:21 PM

Dua wakil negara raih gangsa di Spokane

https://assets.bharian.com.my/images/articles/beregul810_1696742258.jpg
Beregu muda negara Bryan Goonting-Aaron Tai tewas pada separuh akhir Kejohanan Remaja Dunia di Spokane, AS. – Foto Persatuan Badminton Malaysia

KUALA LUMPUR: Dua wakil negara, beregu campuran Low Han Chen-Cheng Jie Yu dan beregu lelaki Bryan Goonting-Aaron Tai terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2023, selepas tumpas kepada lawan masing-masing pada separuh akhir di Spokane, Amerika Syarikat.

Han Chen-Jie Yu tewas kepada pilihan utama Zhu Yi Jun-Huang Ke Xin dari China 21-14, 21-14.

Turut mengalami nasib sama beregu lelaki negara Bryan-Aaron yang tumpas 18-21 pada set pertama kepada gandingan Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng dari Taiwan.

Pasangan negara itu bagaimanapun bangkit memenangi set kedua 21-15, namun gagal meneruskan rentak cemerlang apabila dikecewakan 14-21 oleh gandingan pilihan keenam itu pada set penentuan.



Kali terakhir Malaysia meraih kedudukan podium dalam acara beregu campuran adalah pada edisi 2016 menerusi gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang memenangi pingat gangsa.

Sementara dalam beregu lelaki, gandingan Teo Ee Yi-Nelson Heg merupakan pasangan lelaki negara terakhir meraih pingat pada 2011 apabila memenangi emas. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2023/10/1162257/dua-wakil-negara-raih-gangsa-di-spokane
Pages: [1]
View full version: Dua wakil negara raih gangsa di Spokane


ADVERTISEMENT