mattzzx Publish time 8-10-2023 12:21 PM

Pencapaian memanah compound memuaskan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SUKAN_ASIA_2022_MEMANAH_1696736854.jpg
Atlet memanah compound, (dari kiri) Syafiq, Juwaidi Mazuki dan Alang Ariff ketika di Sukan Asia Hangzhou. FOTO ASYRAF HAMZAH

Hangzhou: Kejayaan skuad compound lelaki negara mempertahankan pingat gangsa pada edisi kali ini dianggap sebagai satu pencapaian yang memuaskan buat kem memanah negara.

Pengurus pasukan, Datuk Johari Salleh berkata, kejayaan trio dibarisi Juwaidi Mazuki, Alang Arif Aqil Muhammad Ghaz dan Mohamad Syafiq Md Ariffin itu sekali gus menepati sasaran yang diletakkan bagi temasya 2022 di Hangzhou itu.

"Dari awal lagi, sasaran kita cuma pingat gangsa dalam acara compound berpasukan lelaki supaya sama dengan apa yang kita menangi pada edisi yang lalu.

"Cuma kita agak kecewa ketika berdepan Korea Selatan pada aksi separuh akhir kerana kita hanya tewas dengan dua mata. Kalau kita ke final, ia akan menjadi pingat bonus untuk kita," katanya.

Sebagai rekod, skuad compound berpasukan lelaki menundukkan trio Taiwan 228-208 pada aksi penentuan pingat gangsa yang memastikan skuad memanah negara tidak pulang tangan kosong pada edisi kali ini.

Dalam masa sama, Johari turut menganggap skuad memanah negara tidak bernasib baik apabila berdepan lawan di ranking yang lebih tinggi di peringkat awal sekali gus menyekat perjalanan mereka untuk mara lebih jauh.

"Kita berada di laluan yang sukar untuk berjumpa dengan pilihan yang berada di ranking lebih tinggi pada peringkat awal.

"Kita bertemu pasukan seperti India dalam acara compound berpasukan campuran yang memang kuat dan mereka layak ke final.

"Begitu dengan dengan recurve tetapi mata recurve agak memuaskan kerana kebanyakannya hanya tewas satu atau dua mata walaupun dibarisi pasukan pelapis," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/10/1017658/pencapaian-memanah-compound-memuaskan
Pages: [1]
View full version: Pencapaian memanah compound memuaskan


ADVERTISEMENT