anakhalal Publish time 15-1-2011 09:21 PM

Bila Esok Kita kan Bertemu Kembali...

Salam...aku orang baru kat cni.aku suka baca cerita2 kat ruangan ni. aku adalah tulis sikit2 dan nak share kat sini. Harap dapat maklum balas :rf:

BAB 1BUKS, 455 petang.“Aku mimpi dia semalam,” kata Alisha sambil mata masih tak lepas dari majalah Eh! di tangan. Nina di sebelah berpaling mendengar kata-kata Alisha.“Mimpi siapa?” Nina bertanya. Alisha menghela nafas. Dia angkat kepala sambil meletakkan kembali majalah ke rak. “Aku mimpi Azmal Zakwan,” berat sekali nada suara Alisha. Wajah Nina direnung terus.Giliran Nina mengeluh sambil tangannya spontan ke dahi Alisha. “Kau jangan buat aku susah hati boleh tak?” Nina bertanya. Alisha menepis perlahan tangan Nina. Dia berpeluk tubuh. “Kau sepatutnya mimpikan Najmi, Icha,” Nina berkata perlahan.“Aku tak minta untuk mimpikan Azmal,” Alisha cuba membela diri.
Nina mengangguk-angguk kan kepalanya. “Iya? Beritahu aku, dalam sehari, berapa kali kau fikir pasal Azmal kalau nak compare dengan kekerapan kau fikirkan Najmi?”Sarah mendengus perlahan. “Aku tak suka kira-kira!” selamba Alisha menjawab. Dia melangkah meninggalkan Rak 143, meninggalkan Sarah terkebil-kebil sendiri. Sarah lantas menurut.“Aku tak mahu kau jadi makin kronik, cik Alisha!” seru Sarah dari belakang Alisha. Alisha berpaling dan senyuman mekar di bibirnya. Nina mengerutkan dahinya, tidak faham dengan pe’el Alisha yang
berubah- ubah.“Aku okay Nina. Kau jangan la exaggerate sangat,” kata Alisha. Bahu Nina ditepuk perlahan.“Okay! Aku ingat,sekarang pukul 455 petang, kat kedai buku ni, kau cakap macam tu. Kalau nanti kau cakap gaya lain pulak, jaga kau!” ugut Nina. Alisha ketawa mendengar kata-kata Nina.“Kau kejam, Nina! ” kutuk Alisha. Nina sekadar berpeluk tubuh mendengar kata-kata Alisha. Wajahnya dipamerkan seserius mungkin. Alisha tersengih melihat telatah kawan baiknya itu. “Aku tak sangka kau ugut aku macam tu!” kata Alisha dalam tawa yang masih bersisa.“Kejam tak kejam. Aku report sama Inche’ Najmi, baru padan
muka kau,” gertak Nina lagi. Spontan Alisha mencapai buku yang agak tebal mukasuratnya dan memukul bahu Nina. Nina tidak sempat mengelak lantas mengaduh dalam tawa. Alisha ikut ketawa. Beberapa pelanggan BUKS yang berada berdekatan menbuang pandang ke arah mereka. Spontan kedua-duanya menundukkan kepala. Sempat juga Nina mencubit lengan Alisha. Alisha mengaduh perlahan. “Sakit la dol!” marah Alisha. Nina sekadar menjulingkan matanya.Malam itu...“Kau mimpi apa pasal dia?” tiba-tiba Nina bertanya. Terkejut Alisha mendengar pertanyaan Nina itu.“Kenapa baru sekarang kau tanya?” Alisha tanya kembali.Nina angkat bahu. “Random,” jawab Nina. Alisha mencebik. Nina and her randomness!“Kalau aku dah tak ingat?” Alisha soal lagi.“Tak mungkin. Kau mesti ingat punya. Or maybe you already write it somewhere so that you will always remember that dream,” selamba Nina menjawab. Alisha menjegilkan matanya kea rah Nina. “Hei, Im not that pathetic! There is no way aku akan buat macam tu. Teruk lah kau nih!” marah Alisha. Nina ketawa kecil. Kusyen di tangannya di campak ke muka Alisha. Sempat dia menepis.“Kerja kau sekarang sentap jer dol!” usik Nina. Alisha mendengus, marah. Nina lantas diam. Silence is awkward. Sekurang-kurangnya antara Alisha Hanif dan Amalina Adnan.Nina berdehem perlahan sebelum berkata, “Seriously, aku nak tahu mimpi kau.” Sejurus itu, Alisha mengeluh. “Aku rasa, sampai bila-bila pun dia tak kan pandang aku Nina...” Alisha diam seketika. Nina masih setia menunggu. “Aku mimpi aku jumpa dia. Somewhere. Mungkin panggung wayang. Aku dengan Kak Zie masa tu. He was there, also. I sat next to him but he never noticed me. Aku jumpa dia dalam mimpi aku. Basically that’s my dream,” cerita Alisha.“Hmm... dia tak pandang kau eh? Sikit pun tak?” Nina bertanya. Alisha mengosok dagu. “Hmm... jeling-jeling je kot?” balas Alisha. “Kesian kau weh... sampai macam tu sekali kau angau?” usik Nina. Alisha mencebik. Tak serik la dia nih!“Aku tak angau!” balas Alisha. “Kau tak rasa ke yang tu tanda untuk kau lupakan dia?” Nina bertanya.“Aku pun rasa macam tu la,” balas Alisha. Diam kembali menguasai ruang. Akhirnya Alisha dan Nina sama-sama memilih untuk diam.

anakhalal Publish time 15-1-2011 09:22 PM

Alamak...mcm crowded jer :cry:

anakhalal Publish time 15-1-2011 09:35 PM

BAB 2
Kalaulah memorinya macam pemain DVD, mungkin pemain DVDnya itu dah rosak. Mana tahan kalau dalam sehari, berpuluh-puluh kali diulang tayang. Mungkin betul kata Nina. Dia angau! Makanya, hari ini pun dia tanpa jemu ke Leisure Mall. Sebab apa ke LM? Sbb di LM lah dia bertemu Azmal Zakwan! Pembetulan, mungkin ‘ternampak’ lebih tepat dalam menggambarkan situasinya.
Dia teringat lagi...
Hari itu, dia sengaja singgah di Leisure Mall selepas habis waktu berkerja. Dia terus ke surau untuk menunaikan solat Asar. Selesai, dia memilih untuk ke Big Apple untuk membeli donut. Siapa sangka, ketika itulah Alisha ternampak dia. Dia yang Alisha pernah tengok entah di mana. Dia yang membuatkan langkah dan masa rasa terhenti. “Dia...” bisik Alisha perlahan. Dia yang melangkah dengan penuh yakin. Ke mana arahnya, Alisha tidak pasti. Tapi betapa gilanya Alisha kerana sanggup untuk mengejar lelaki itu setelah hampir 2 minit tercegat kaku seperti tiang letrik. But she lost him. In the crowd.
Dia pulang dengan rasa penuh takjub. Otak ligat berfikir. “Siapa nama dia?” itu yang di ucapkan berkali-kali kepada dirinya sendiri. Itulah mulanya penyakit Angautism yang melanda Alisha, bak kata Nina. Walau macam manapun Alisha cuba nafikan, dalam diam dia mengaku kalau itulah hakikatnya. Mula dari hari itu, Alisha jadi sibuk. Sibuk berfikir dan sibuk menyiasat.
Hujung minggu itu, dia pulang ke rumah ibubapanya dengan satu misi penting. Misi mencari buku Konvokesyen universitinya dahulu. Alisha is so determined! Dan...BINGO! Dia jumpa nama kawan Azmal Zakwan yang dia ingat muka tapi tak ingat nama. Alisha tersengih lebar. Entah mengapa,dia rasa berdebar.
Facebook can be very useful! Seru hati Icha girang. Dari laman Aswad, dia terus jumpa laman Azmal Zakwan. Dia berkira-kira sendiri di hadapan skrin laptopnya. “Should I or should not?” dia berbicara sendiri.
Akhirnya, dengan lafaz Bismillah, Alisha memberanikan diri untuk menaip pesanan peribadi ke laman Azmal Zakwan. Motivasinya cuma satu, let’s get it done for once and last time.

anakhalal Publish time 15-1-2011 09:39 PM

Tulis Alisha untuk Azmal Zakwan:

Hye there! Please dont freak out tapi I nampak you @ Leisure Mall dalam last 2 weeks. ur face looks familiar. You dulu study kat mana?

Selepas butang ‘Send’ ditekan, Alisha menongkat dagu. Seperti baru tersedar dari mimpi, dia berbisik sendiri, “What have I done just now?” Alisha mengeluh perlahan.
Laungan namanya dari tingkat bawah mengejutkan Alisha. Dia segera “Log Out” dari Facebook dan bergegas turun. Langkahnya terhenti apabila mendengar suara asing di ruang tamu. Dia berpatah balik ke biliknya dan memakai tudung.

Sangkaannya tepat. Najmi berada di rumahnya, sedang rancak berbual dengan ibu dan babahnya. Alisha melemparkan senyum manis kepada Najmi.

“Dah lama sampai?” Tanya Alisha saat melabuhkan punggungnya di sebelah ibunya.

“Baru lagi,” jawab Najmi dalam senyum. Mereka berbual seketika sebelum Alisha meminta diri ke dapur untuk menyediakan minuman.

Alisha lebih banyak diam sesudah menghidangkan minuman. Najmi rancak berbual sedangkan Alisha seakan hanyut dalam dunianya sendiri hinggalah tangan ibu menepuk pehanya. Dia tersentak.

“Ibu tanya, Icha tak dengar ke?” Tanya Arfah kepada anak gadisnya itu. Alisha terpinga-pinga dan malu apabila menyedari mata Najmi merenung tepat ke wajahnya.

“Sorry bu... Ibu tanya apa tadi?” pantas Alisha bertanya.

“Ibu tanya, Icha dah bincang dengan Jimi bila nak langsungkan majlis?” babah yang menjawab bagi pihak ibu. Arfah mengangguk.

“Oh... Belum lagi bu. Icha belum sempat nak bincang lg,” balas Alisha sambil sekilas mamandang Najmi yang kelihatan tenang.

“Jimi pun baru balik dari outstation. Memang tak sempat lagi untuk discuss dengan Icha,” Najmi menyambung dengan ayat yang lebih kurang sama maknyanya dengan jawapan Alisha. Topik perkahwinan mereka berakhir begitu sahaja petang itu. Entah kenapa, Alisha merasa berbelah bagi. Tentang apa, dia tidak pasti.

anakhalal Publish time 15-1-2011 09:43 PM

BAB 3
Subuh yang hening. Alisha kembali merebahkan badan selepas menunaikan solat subuh. Kantuk masih bersisa dan dia yakin sedikit waktu lagi, dia pasti akan kembali tertidur.

Nada dering Hot & Cold nyanyian Katy Perry mengejutkan Alisha. Pantas dia mencapai telefon bimbitnya di tepi bantal. Nama Najmi tertera dan Alisha tanpa lengah menekan butang hijau. Kedengaran Najmi memberi salam dan mengucapkan selamat pagi.

“Selamat pagi!” balas Alisha, cuba untuk kedengaran ceria.

“Dah solat?” Najmi bertanya.

“Dah... Abang?” Alisha bertanya kembali.

“Sudah,” jawab Najmi. Alisha mengigit bibir apabila mereka sama-sama memilih untuk diam.

Najmi mengeluh perlahan namun cukup untuk didengari Alisha. Alisha berdebar tiba-tiba. Oh God, I hope he didn’t have any idea of what I’ve done! Alisha berdoa dalam hati.

“Are you okay sayang?” Najmi bertanya, nadanya perlahan.

“Emm... Kenapa abang tanya macam tu?”

“Entah... Icha macam lain je kelmarin. Icha banyak diam. Kenapa ni sayang?”

“Tak ada apa- apalah bang... Icha okay, macam biasa...”

“Sayang tak bagitahu abang pun sayang nak balik rumah babah?” Najmi memintas sebelum sempat Alisha menghabiskan ayatnya. “Buat abang risau, tahu tak?” sambung Najmi.

Alisha tergelak kecil. “Kenapa nak risau?” Sekarang, Alisha terasa ingin senyum. Lega.

“Sebab sayang tu suka tertidur sambil bawa kereta,” balas Najmi, juga dalam tawa kecil. Entah mengapa, ia seakan berjangkit. Dia tidak mampu menahan diri dari tawa apabila gadis kesayangannya itu ketawa.

“Emmm... dah dapat agak dah jawapan abang tu. Itulah yang abang cakap kalau Icha drive ke mana-mana,” balas Alisha dalam tawa. “Macam ni lah, abang sign kontrak jadi driver Icha,nak?”

Najmi tersenyum lebar sendiri. “Nanti, bila kita dah kahwin, biar abang je yang drive. Sayang duduk sebelah je,” kata Najmi. Alisha terdiam. Spontan mengigit bibir.

“Sayang...” seru Najmi perlahan dan cukup romantik. Alisha yang mendengar spontan memeluk bantal.

Agak lama sebelum dia menjawab, “Emm...”

“Abang cintakan sayang...” bisik Najmi, tulus dari hati.

Alisha terasa wajahnya panas mendengar ucapan itu. Bukan sekali, tetapi setiap kali Najmi membisikkankata-kata keramat itu. Yang pasti, sesudah perbualan itu, Alisha tertidur dengan senyuman lebar terukir di bibirnya. Hilang wajah Azmal Zakwan, hanya wajah Najmi yang memenuhi segenap ruang rasanya.

Jaza2008 Publish time 17-1-2011 09:23 AM

Reply 5# anakhalal


    teruskan.... jgn lupa rajin2lah update n3 ye...;P ;P

merahsilver Publish time 17-1-2011 09:35 AM

{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}

ada citer baru... selamat datang...
rajin2 update n letak n3, mesti byk maklum balas.... :D

cmf_blingblings Publish time 17-1-2011 10:08 AM

morning dan salam semua,
TQ writer, cerita baru, teruskan lagi....kisah cinta ni{:1_152:}

RosesAre_Red Publish time 17-1-2011 11:55 AM

yezaaa... writer baru!{:1_152:}
best dpt memeriahkan umah bakat:$

alynn23as Publish time 17-1-2011 03:01 PM

best best! :D
cepat update eek! :D

anakhalal Publish time 17-1-2011 09:06 PM

BAB 4
Sudah dua hari selepas dia meninggalkan pesanan ke Facebook Azmal Zakwan. Kalau diikutkan hati, memang dia teringin sekali untuk melihat adakah balasan dari lelaki itu. Alisha buat- buat lupa tentang itu walaupun sebenarnya dia tak pernah lupa. Tapi, mengingatkan Najmi, hatinya melarang keras. Jangan hancurkan kepercayaan Najmi pada kau Alisha! Itu kata hatinya saban waktu.

“Laa... check la wei... Mana tahu ada balasan.” Itu pula ulasan Nina saat dia bercerita pada teman baiknya itu. Alisha gigit bibir. Tabiatnya bila dilanda kekeliruan. Suasana hingar di Noodle Station itu tidak diendahkan.

“Boleh ke?” dengan naïf Alisha bertanya. Nina tersenyum sinis.

“Masa kau message dia, tak pulak kau fikir boleh ke tak kan?” balasan penuh sarkastik dari Nina mneyebabkan Alisha rasa nak maki orang. Alisha cuba menyabarkan hatinya dengan merasionalkan kata- kata Nina tadi. Mereka sama- sama diam.

“Sorry...” Nina mengucapkan sambil pegang tangan Alisha. “Aku... Icha, kau check lah. Mana tahu ada balasan dari dia. Aku tahu kau betul- betul nak tahu kenapa dia ada kat sini kan? ”

Alisha mengangguk. “Tu je Nina. Aku cuma nak tahu kenapa dia ada kat sini sebab dia asal Kedah. Tu je...”

“Ehemmm!!”

Alisha dan Nina sama- sama menoleh. Najmi tersengih di hujung meja melihat tangan Alisha dan Nina berpegangan.

“Apa hal? Cemburu tengok aku pegang tangan tunang kau ke?” selamba Nina bertanya. Alisha tergelak mendengar kata- kata Nina.

Najmi melabuhkan punggungnya ke kerusi sebelah Alisha. “Kau bukan saingan aku lah,” dalam tawa Najmi menjawab. Alisha telan liur yang terasa kesat. Apa maksud Najmi??

“Hye sayang!” sapa Najmi usai ketawanya reda. Wajah ayu Alisha direnung terus.
Alisha konon mencebik. “Baru sedar ada Icha kat sini ke?” Nina tersengih mendengar kata-kata Alisha.

anakhalal Publish time 17-1-2011 09:09 PM

“Apa pulak... dari jauh lagi abang dah dapat rasa aura sayang,” balas Najmi. Dia mengenyitkan matanya pada Nina. Alisha mencebik lagi. Alisha membesarkan matanya saat Najmi meneguk air miliknya. “Abang haus la sayang,” rayu Najmi sambil buat wajah konon comel. Pecah tawa mereka pada petang itu.

Dalam asyik berbual, Alisha ralit memerhatikan Najmi yang duduk di sebelahnya. Najmi masih berpakaian kerja. Kemeja putih dengan lambang Petronas didadanya. Tanpa perlu Alisha sendiri puji, ramai yang mengatakan Najmi itu kacak ditambah pula lesung pipit di pipi belah kanan. Tambah lagi kerjanya sebagai Akauntan di Petronas, syarikat petroleum terbesar Malaysia. Hmmm... Pakej yang lengkap!

“Ok, sayang nak bagi berapa markah?” selamba Najmi bertanya di sahut tawa oleh Nina. Automatik wajah Alisha bertukar warna. Merah padam! Hampeh, Im caught in action!

“Kau ni Icha... tak malu ke renung anak teruna orang?” usik Nina.

“Diam la kau!” balas Alisha.

“Ntah, kau diam!” sampuk Najmi. Alisha menutup muka dengan tangan. Malu tahap gaban! Nina ketawa memanjang.

“Jom lah sayang. Dah pukul berapa nih,” kata Najmi sambil bangun menuju ke kaunter. Alisha pantas mencapai beg tangannya.

“’Sayang dengan abang’ nak pi mana??” Tanya Nina sambil mengangkat keningnya beberapa kali. Senyum nakal terukir di bibirnya. Ehh dia ni, aku cucuk mata tu dengan garfu kang, baru tahu! Desis hati Alisha. Alisha sekadar diam sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir.

“Ohoo...sombong kau ek? Takpe- takpe!” ugut Nina. “Baik kau bagitahu, kalau tak...”

“Kalau tak apa? Kau jangan buat mende bukan- bukan kat sayang aku!” sampuk Najmi dengan gaya mencekak pinggang ala Mak Enon. Terlepas tawa Alisha.

“Abeh tu, aku tanya pun tak jawab. Sombong ahh tunang kau ni... mentang- mentanglah cik abang sayang dia ada depan mata, aku ni dia buat tak endah je!” adu Nina dengan wajah sedih. Alisha di sebelah Najmi menjelirkan lidahnya pada Nina.

“Kita orang nak g Parkson jap... aku nak beli barang sikit,” Najmi yang jadi juru cakap. “Sayang pun... nape buat gitu?” pada Alisha pula Najmi bertanya. Alisha sekadar tersengih.

“Takpelah.. Pukul berapa balik ni?” Nina bertanya.

“Before 9 maam!” jawab Najmi.   

Mereke seiringan ke Parkson. Najmi sedang berkira- kira untuk mendapatkan dua helai kemeja dan sepasang cufflink.

“Tingginya heels sayang hari ni. Barapa inci tu?” tiba- tiba Najmi bertanya.

Spontan Alisha tunduk melihat sandal di kaki. “2.5 inch. Tinggi sangat ke?”

“Yelah, sayang nampak nak sama tinggi dengan abang dah,” balas Najmi. Dia tersengih.

“Tu nak cakap Icha pendek la tu,” balas Alisha sambil menjeling manja. Najmi ketawa kecil.

“Abang tak cakap pun,” kata Najmi.

Alisha sekadar mengikut Najmi ke bahagian pakaian lelaki. Dia turut sama memilih kemeja yang sesuai untuk tunangnya itu.

“Abang, ni OK tak?” Tanya Alisha sambil memegang kemeja putih berbelang jalur biru. Najmi membelek- belek kemeja itu seketika.

“Sayang rasa kalau abang pakai ni abang nampak extra kacak tak?” Najmi bertanya sambil senyum nakal terukir lebar di bibirnya.

Aduh, manisnya senyuman dia! Bisik hati Alisha. “Ada orang cakap abang kacak ke? Orang tu rabun!” usik Alisha. Najmi tergelak besar mendengar kata- kata Alisha. Jurujual di bahagian itu tertoleh- toleh melihat gelagat pasangan itu.

“Kuatlah abang gelak... buat malu je orang tengok,” rungut Alisha.

“Alaa...biarlah. Bukannya abang buat salah,” balas Najmi membela diri. “Jom, sayang pilihkan cufflink untuk abang ek?” Alisha dengan senang hati menurut. Ni ada chance jadi queen control nanti nih, hatinya berbisik nakal.

nhid_tam Publish time 17-1-2011 09:54 PM

best jugak...teruskan...

adalia Publish time 17-1-2011 09:55 PM

rajin2 letak n3 ye....{:1_152:}

Jesica Publish time 18-1-2011 08:32 AM

best best {:1_152:}

Jesica Publish time 18-1-2011 08:40 AM

sangat romantik tapi macam hambar hubungan mereka

tak sabar nak kenal Azmal Zakwan {:1_137:}

anakhalal Publish time 18-1-2011 08:14 PM

thanx for all the support! Insya Allah,akan slalu update n3 :)
arigato gozaimasu!! :rf:

kucingpia Publish time 18-1-2011 10:35 PM

Best...next...:lol:

juliet80 Publish time 19-1-2011 02:16 PM

menarik citer ni .....tak sabar nak kenal dgn Azmal zakwan ....truskan n3 nye {:1_152:}{:1_152:}

fhieya Publish time 19-1-2011 08:32 PM

nak lg...{:1_152:}
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Bila Esok Kita kan Bertemu Kembali...


ADVERTISEMENT