mattzzx Publish time 7-10-2023 01:00 PM

Empat pasukan terbawah F1 dapat rangsangan AS$20 juta

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/AUTO-PRIX-F1-QAT-QUALIFYING_1696649674.jpg
PASUKAN Williams dan Haas antara yang mendapat rangsangan berkenaan. FOTO AFP

Doha: Empat pasukan terbawah Formula Satu (F1) masing-masing diberikan rangsangan perbelanjaan modal AS$20 juta (RM94.5 juta) untuk membantu meletakkan mereka seimbang dengan saingan yang lebih lengkap.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) yang mentadbir mendedahkan peningkatan daripada AS$45 juta (RM212 juta) kepada A$65 juta (RM307 juta) untuk Williams, Haas, Alfa Romeo/Sauber dan AlphaTauri dalam versi terkini peraturan kewangan untuk musim 2024.

Tiga pasukan teratas - Red Bull, Mercedes dan Ferrari dibenarkan membelanjakan AS$51 juta (RM241 juta) setiap satu ke arah perbelanjaan modal dan tambahan AS$6 juta (RM28 juta).

Mereka yang berada pada pertengahan - McLaren, Alpine dan Aston Martin - boleh membelanjakan AS$58 juta (RM274 juta) setiap satu, peningkatan sebanyak AS$13 juta (RM61 juta) pada elaun sebelumnya.

Williams khususnya mengadu bahawa mereka jauh di belakang pesaing dalam infrastruktur dan kemudahan sehingga jurang itu tidak boleh ditutup di bawah bajet terhad.

Elaun ditentukan mengikut kedudukan kejuaraan pada 2020, 2021 dan 2022.

Bos Williams, James Vowles berkata kenaikan itu adalah berita baik untuk pasukannya.

"Kami mempunyai CapEx untuk dibelanjakan sekarang, mungkin bukan AS$100 juta (RM472 juta) yang saya cari, tetapi langkah yang baik ke arah yang betul," katanya kepada pemberita.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/10/1017323/empat-pasukan-terbawah-f1-dapat-rangsangan-as20-juta
Pages: [1]
View full version: Empat pasukan terbawah F1 dapat rangsangan AS$20 juta


ADVERTISEMENT