mattzzx Publish time 7-10-2023 09:23 AM

Cetek pengalaman bukan penghalang sumbang perak

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SUKAN_ASIA_HANGZHOU_2022_1696598666.jpg
TRIO kata negara (dari kiri) Naccy Nelly, Nathalia dan Lovelly Anne bergambar bersama pingat perak milik mereka. FOTO Bernama

Hangzhou: Trio kata wanita berjaya membuktikan usia bukan penghalang untuk mereka menyumbangkan pingat kepada negara di Pusat Sukan Linping.

Lovelly Anne Robberth, Naccy Nelly Evvaferra Rojin dan Niathalia Sherawinnie masing-masing berusia 19 tahun dan berasal dari Sabah meraih perak selepas tewas kepada trio Vietnam dalam penentuan pingat emas.

Naccy mengakui dia bersama rakannya berpuas hati apabila dapat mempamerkan aksi seperti mana yang dilakukan di dalam latihan seterusnya menghadiahkan pingat pada hari kedua acara karate dipertandingkan.

Namun ia belum cukup untuk mereka membalas dendam kekalahan di Kejohanan Karate Asia Julai lalu di Melaka kepada trio Vietnam yang jauh lebih berpengalaman itu.

Dalam aksi akhir itu Lovelly, Naccy dan Niathalia meraih 39 mata, tewas kepada Vietnam yang diwakili Nguyen Thi Phuong, Nguyen Ngoc Tram, Luu Thi Thu Uyen yang mengumpul 42.7 mata.

"Kami tidak kecewa dengan pingat perak ini sebab kami sudah berikan yang terbaik. Memang ada sedikit gementar tapi teknik yang kami persembahkan tadi sama ketika dalam latihan.

"Aksi kami kali ini sangat jauh beza dari apa yang kami lakukan sebelum ini.

"Hari ini kami buktikan bahawa biarpun kami masih muda iaitu 19 tahun kami berjaya menyumbangkan pingat kepada negara," katanya.

Untuk rekod, acara kata berpasukan wanita julung kali dipertandingkan di Sukan Asia pada edisi kali ini.

Pingat perak diraih oleh pasukan kata wanita negara itu adalah yang kedua buat kem karate negara selepas Lovelly Anne terlebih dahulu menyumbangkan perak dalam kata individu.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/10/1017215/cetek-pengalaman-bukan-penghalang-sumbang-perak
Pages: [1]
View full version: Cetek pengalaman bukan penghalang sumbang perak


ADVERTISEMENT