tatod Publish time 7-10-2023 08:10 AM

Aurel Tak Cemburu Atta Halilintar Ramai Kawan Perempuan, Mengaku Suami Dulu Playboy

Isteri kepada personaliti media sosial Atta Halilintar iaitu Aurel Hermansyah mengakui bahawa suaminya itu merupakan seorang playboy.


Menurut laporan TribunBatam, Aurel berkata, meskipun begitu dia tidak pernah berasa cemburu berlebihan terhadap suaminya apabila berkawan dengan perempuan lain.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/07/081010rttjmmk2pe5tdpg8.png



"Ya, Atta mempunyai bekas kekasih. Kalau tidak silap ada dalam empat atau lima. Dia playboy tetapi dia lebih senang (suka) untuk berkawan sahaja.


"Saya ada juga cemburu cuma, bukan yang cemburu berlebihan," katanya pada Rabu.


Selain itu, Aurel turut mendedahkan bahawa Atta juga pernah diganggu oleh bekas kekasihnya ketika mereka mempunyai hubungan.


"Dulu masa awal-awal berpasangan, Atta pernah diganggu bekas kekasih.


"Saya juga tidak tahu kenapa dia masih tidak melupakan Atta sehingga mengganggunya," ujarnya.




Sumber: mStar

Binodino Publish time 7-10-2023 10:09 AM

Macam tak percaya je si minyak attar tu playboy :lol:

doubleA Publish time 7-10-2023 01:32 PM

Playboy sebab poket tebal la nak kata rupa biasa ja
Pages: [1]
View full version: Aurel Tak Cemburu Atta Halilintar Ramai Kawan Perempuan, Mengaku Suami Dulu Playboy


ADVERTISEMENT