Raline Publish time 7-10-2023 07:02 AM

Sukan Asia: Aaron-Wooi Yik akur raih gangsa

Sukan Asia: Aaron-Wooi Yik akur raih gangsa

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/000_33TR8ZN-1.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen Malaysia selepas tewas di separuh akhir pada Sukan Asia Hangzhou 2022 sebentar tadi. - AFP


KUALA LUMPUR – Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa pada Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Gimnasium Binjiang sebentar tadi, bekas juara dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan straight set 17-21, 12-21 kepada jaguh India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy.

Keputusan tersebut menyaksikan Aaron-Wooi Yik mengalami kekalahan kedua dalam 10 perlawanan menentang Shetty-Rankireddy dengan aksi terakhir pada Terbuka Indonesia Jun lalu turut memihak kepada pasangan India itu.

Pada perlawanan itu, Shetty-Rankireddy jelas menampilkan aksi lebih baik, terutamanya di set kedua manakala Aaron-Wooi Yik melakukan banyak kesilapan mudah sehingga memberikan mata percuma kepada lawan.

Menerusi kekalahan beregu No.5 dunia itu, cabaran Malaysia dalam sukan badminton akhirnya menemui titik noktah selepas beberapa lagi pemain termasuk beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah dan perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia tersingkir di suku akhir.

Menanti Shetty-Rankireddy di perlawanan akhir esok adalah beregu Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho yang menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin menerusi aksi straight set 21-12, 21-10.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas Sukan Asia dalam sukan badminton adalah menerusi gandingan beregu emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi 2006 yang berlangsung di Doha, Qatar.

Kejayaan yang diraih Kien Keat-Boon Heong itu juga menamatkan penantian selama 36 tahun selepas Datuk Punch Gunalan melakukannya pada Sukan Asia Bangkok 1970 menerusi acara perseorangan lelaki dan beregu lelaki bersama Datuk Ng Boon Bee. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10/06/sukan-asia-aaron-wooi-yik-akur-raih-gangsa/

Pages: [1]
View full version: Sukan Asia: Aaron-Wooi Yik akur raih gangsa


ADVERTISEMENT