tatod Publish time 6-10-2023 10:41 PM

Datuk Rizalman Ibrahim Dilantik Profesor Adjung ACIS, UiTM

Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim, 52, dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuat kuasa 13 Ogos lalu hingga 30 Julai 2025.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan pengurusan Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC), pelantikan Rizalman dibuat berdasarkan pengalaman luas pereka fesyen dan ahli perniagaan itu dalam bidang yang diceburi beliau sepanjang tiga dekad.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/06/223826xa20octaabtk6hao.png



Pelantikan pengasas dan Pengerusi RIC itu juga diyakini akan memberi peluang kepada Rizalman menyumbang idea dan buah fikiran dalam mengolah pemikiran generasi muda.


"Berbekalkan pengalaman luas dalam pelbagai bidang yang diceburi selama ini serta jiwa 'Philanthropis' dimiliki, kami yakin beliau dapat menyumbang idea dan buah fikiran dalam mengolah pemikiran generasi muda terutamanya di institusi pengajian tinggi untuk menjadi seorang yang berfikiran luas dan berpandangan jauh," katanya.


Untuk rekod, Rizalman juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM selama tiga tahun.


Selepas mengumumkan persaraan sebagai pereka fesyen pada 20 Februari 2020, anak kelahiran Pulau Pinang ini memberi fokus pada kerja kebajikan selain mendalami agama.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/06/224045gkuz9jmy5m1y414n.png



Susulan keputusan beliau meninggalkan gelanggang fesyen, Rizalman mengasaskan Yayasan Rizalman Ibrahim bersandarkan kepada niatnya untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat sejagat.


Sehingga kini, Yayasan Rizalman Ibrahim yang tidak pernah berhenti menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan selain memberikan bantuan dari segi dana kepada sejumlah besar pelajar dari pelbagai universiti terkemuka.




Sumber: Harian Metro

Buritan Publish time 7-10-2023 08:24 AM

Aku nak komen kang org kata terbulu bulu plk

miracle_forever Publish time 7-10-2023 09:42 AM

motif sgt jadi Prof Adjunct utk ACIS… kalau utk faculty arts& design tu boleh la hadam lagi. apa qualification dia dalam bidang agama tu? tafsir Al-Quran ikut dia?

kaseh80 Publish time 7-10-2023 09:47 AM

Apa la yg di Ajung Ajung sgt ni
Kepakaran apakah yg ada
{:1_565:}

zuriey Publish time 7-10-2023 04:19 PM

Haritu dia letak jawatan kan
Ni terima jawatan lain pula

babynina30 Publish time 8-10-2023 12:04 AM

Yuni just cant let him gooo

Lilies000 Publish time 8-10-2023 11:15 AM

miracle_forever replied at 7-10-2023 09:42 AM
motif sgt jadi Prof Adjunct utk ACIS… kalau utk faculty arts& design tu boleh la hadam lagi. apa qu ...

Boleh jadi dia banyak bagi sumbangan kewangan

tahanie Publish time 8-10-2023 07:53 PM

Takde orang lain yang memang ahli ke?

A-Are Publish time 9-10-2023 12:53 PM

boleh tahu apa kelayaakan dia

sakurazura Publish time 9-10-2023 02:11 PM

Begitu lah uitm. Opsss!

dekmieDandy Publish time 9-10-2023 04:17 PM

aku still follow dia kat IG

tapi setakat nak tengok content masak dengan shopping je

selain tu, memang aku skip jelar. dia dengan kawan/bff perempuan dia still bersalam peluk lagi ke..?? awal-awal berubah dulu camtu je jugak, sekarang tak tahu ler

NazRysha Publish time 9-10-2023 04:51 PM

geli tengok

CikYaYaYa Publish time 12-10-2023 09:30 PM

macam xkena dengan bidang je...

peacock.bass Publish time 13-10-2023 11:04 AM

mcm xkena budang ja..tatpalah dia mampu

monsterwife Publish time 14-10-2023 12:08 AM

Soon Dt plk dilantik jadi punahsihat
Pages: [1]
View full version: Datuk Rizalman Ibrahim Dilantik Profesor Adjung ACIS, UiTM


ADVERTISEMENT