CARI-MRO Publish time 6-10-2023 02:34 PM

Nak Feeling Macam Dalam K-Drama? Ini 8 Lokasi Wajib Dilawati Di Korea

Peminat drama Korea yang ingin bercuti di Korea mesti teringin nak merasai pengalaman berada di kawasan itu kan?


Jom, ini 8 lokasi K-Drama yang wajib korang lawat!


1. Plaza Sewoon

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/06/143235f16hcg0vh0z1z011.pngFoto: kimchidaily




Lokasi ini sangat glamour dalam drama “Vincenzo” lakonan Song Joong-ki. Plaza Geumga merupakan Plaza Sewoon yang terletak berdekatan dengan Stesen Jongno 3-ga di Seoul.


Plaza ini merupakan pusat beli-belah yang popular suatu ketika dulu dan masih lagi ada beberapa restoran yang beroperasi seperti biasa.


2. Cheongjin 3 (sam)-ri Fishermen Welfare Center

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/06/143235iu75jfkpgh0kjwuw.pngFoto: kimchidaily







Ingat tak Klinik Gigi Dr. Yoon dalam drama “Hometown Cha-Cha-Cha”? Disebabkan drama tersebut, klinik ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dan menjadi tumpuan para pelancong luar.


Nama sebenar bagi klinik gigi ini adalah Klinik Green Dental dan lokasinya berhadapan dengan pelabuhan nelayan. Di situlah, Hong Du-sik selalu berjumpa dengan Yoon Hye-jin.


3. Pocheon Art Valley

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/06/143236s970vb9u2ugsl0g0.pngFoto: kimchidaily







Dengan pemandangan yang cantik seperti zaman Joseon dalam drama Korea, lokasi ini mampu membuatkan pelancong terpegun dengan keindahannya tersendiri.


Lebih mengujakan apabila kawasan ini telah diiktiraf sebagai ruang kesenian dan kebudayaan di Korea disebabkan pemandangannya yang tenang dan cantik.


Tempat ini juga merupakan lokasi penggambaran bagi drama “Scarlet Heart Ryeo”, di mana watak Hae-soo (IU) menyelamatkan seorang budak lelaki yang hampir lemas dan secara tidak sengaja menyebabkan dia kembali ke zaman dahulu.



4. Jumunjin Breakwater

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/06/143237ynot6wcor3pvzo12.pngFoto: kimchidaily







Kepada peminat drama “Goblin”, ini adalah peluang bagi korang untuk melakonkan semula babak yang viral di mana Ji Eun-tak dengan Kim Shin berjumpa di tebing laut. Lokasi itu dipanggil sebagai Jumunjin Breakwater yang terletak di pinggiran pantai Gangwon.


5. Mokpo Modern History Museum

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/06/143237l3hy0w3rjzbwhs43.pngFoto: kimchidaily







Kalau sebut pasal “Hotel Del Luna”, sudah semestinya pintu masuk hotel itu dalam ingatan para peminat drama Korea. Untuk pengetahuan umum, bangunan tersebut adalah Mokpo Modern History Museum yang terletak di daerah Mokpo.


Pun begitu, hanya bahagian luar bangunan itu yang ditonjolkan sahaja sebagai tanda mercu drama “Hotel Del Luna”.


Disebabkan bangunan yang tersergam indah dengan reka bentuk dan warna yang menarik, ianya membuatkan para penggemar drama Korea teruja untuk melihatnya sendiri.


6. Noksapyeong Overpass

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/06/143238yuuu9kz569uf2lut.pngFoto: kimchidaily







Kepada peminat drama “Itaewon Class”, Noksapyeong Overpass merupakan tempat yang wajib dikunjungi bagi melihat pemandangan menara dan juga keindahan gunung Namsan.


Menikmati pemandangan matahari terbenam merupakan salah satu aktiviti yang wajib untuk korang cuba kerana waktu golden hour di tempat itu akan membuatkan gambar OOTD nampak lebih cantik dan menarik.

7. Garden Of Morning Calm

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/06/143239l64ls46vl4hl86v8.pngFoto: kimchidaily









“Garden of Morning Calm” ini merupakan lokasi bagi penggambaran untuk drama “Love in the Moonlight” yang telah dilakonkan oleh Park Bo-gum. Ianya menjadi pilihan popular buat para pelancong kerana kecantikan bunga yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk.


8. Hantangang Sky Bridge

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/06/143240sk1h91aqk1oqi1ar.pngFoto: kimchidaily







Ingat tak episod 7 drama “What’s Wrong with Secretary Kim” di mana Lee Young-joon dan Kim Mi-so bercerita tentang zaman kanak-kanak mereka? Jambatan Hantangang Sky inilah yang menjadi lokasi bagi babak tersebut.


Jambatan ini baru saja dibuka pada Mei 2018 dan ianya terletak di Pocheon. Kepada sesiapa yang suka pada ketinggian, jambatan ini mempunyai ketinggian setinggi 50 meter dari tanah dan panjangnya adalah sepanjang 200 meter. J


Selain drama “What’s Wrong with Secretary Kim”, jambatan ini juga merupakan lokasi bagi drama “Crash Landing on You” yang telah dilakonkan oleh pasangan suami isteri Hyunbin dan juga Son Ye-jin.-CARI


Sumber: Kimchidaily/Imagine Your Korea

Tinot7 Publish time 6-10-2023 07:08 PM

Iols pernah pi garden of the morning calm.. ok la best..

penutupbotol Publish time 28-10-2023 03:13 PM

ok rindu nk kesana lagi

Page88 Publish time 1-12-2023 11:19 PM

Too many places to visit.
Pages: [1]
View full version: Nak Feeling Macam Dalam K-Drama? Ini 8 Lokasi Wajib Dilawati Di Korea


ADVERTISEMENT