tatod Publish time 5-10-2023 09:05 PM

Aktres Sridevi Meninggal Dunia Kerana Diet Ekstrem

New Delhi: Selepas beberapa tahun mendiamkan diri dan langsung tidak membalas spekulasi kematian isterinya, Sridevi, Boney Kapoor akhirnya mendedahkan punca kematian primadona Bollywood tersebut.


Menurut Boney, kisah di sebalik kematian wanita yang menjadi pujaan peminat itu sangat tragis.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/06/015726ieq14h41h4f0hnht.png



Bintang filem Nagina itu pergi ke Dubai bersama suami dan anak perempuannya untuk meraikan majlis keluarga, dan ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas di dalam tab mandi.


Boney mengatakan Sridevi meninggal dunia sewaktu melakukan ‘crash diet’.


Tanpa berselindung, Boney juga mendedahkan Sridevi kerap pengsan dan kelaparan hanya kerana mahu kekal kelihatan langsing dan cantik, sejak awal perkahwinan mereka.


“Sridevi selalu kelaparan untuk kelihatan cantik. Dia mahu memastikan semuanya (tubuh) berada dalam keadaan sempurna, jadi apabila muncul di layar kaca, dirinya kelihatan cantik.


“Sejak awal kami berkahwin, dia kerap pengsan dan doktor mengesahkan dirinya mengalami masalah darah rendah,” kata Boney kepada New Indian.



Penerbit dan pengarah berusia 67 tahun itu juga mendedahkan kematian Sridevi bukan kematian semula jadi tetapi sebuah kemalangan.


“Saya memutuskan untuk tidak bercakap mengenainya kerana telah disoal siasat sehingga 48 jam. Saya juga melalui pelbagai ujian termasuk ujian penipuan,” katanya mengenai tindakan berdiam diri beberapa tahun sebelum ini.



Sridevi meninggal dunia pada usia 54 tahun, 24 Februari 2018 di Dubai.


Sridevi memulakan karier seninya pada usia empat tahun sebelum menjadi aktres paling berpengaruh di India.


Pada 2013, kerajaan India menobatkannya dengan anugerah Padma Shri iaitu anugerah keempat tertinggi yang diberi kepada orang awam di India.




Sumber: Utusan

Antifake Publish time 5-10-2023 11:34 PM

Sridevi ni bertahun2 berlakon.. dari zaman 70s lagi sampai tak tahu umur dia berapa.. rasa macam lama sangat macam legend zeenat aman

chacon Publish time 6-10-2023 12:12 AM

Cantik dia ni dulu

KamikuP Publish time 6-10-2023 09:36 AM

Mata dia bundar cantik sgt

babelina Publish time 6-10-2023 09:42 AM

kwn aku seminggu asyik update psl dia jer.. masa dia meninggal dulu.. ktorg mmg minat dia dari sek rendah dulu..

kucingitam Publish time 6-10-2023 10:56 AM

pelakon paling cantik zaman itu..tgk gambar atas tu, dah tua pun cantik juga

lasagna Publish time 9-10-2023 12:14 PM

ye ke sbb dia berdiet mati dlm keadaan suspicious?
iols speku lain sbb hati hitam mengatakan kematian dia lain maciam {:1_546:}

virgocircus Publish time 10-10-2023 02:33 PM

Zaman iols kecik2 tgk citer dia ni pasal movie ular. Mmg femes citer ular acik ni. Mcm femes Suzana dgn sundel bolong.

She-Ra Publish time 10-10-2023 02:46 PM

mata dia ni uihhhhhhh.. mmg dr mata jatuh ke hati la
kita yg tgk pun tergoda

shemaroo Publish time 10-10-2023 09:38 PM

mendiang mati sebab crash diet, dikira sebagai kemalangan ke? ooo..baru baca, lemas dlm tab mandi.

hidet Publish time 10-10-2023 09:40 PM

kucingitam replied at 6-10-2023 10:56 AM
pelakon paling cantik zaman itu..tgk gambar atas tu, dah tua pun cantik juga

haruslah she ada alter muka jugak.tapi she mmg cantik la dri muda sampai tua

haifawehbe Publish time 11-10-2023 03:55 AM

lasagna replied at 9-10-2023 12:14 PM
ye ke sbb dia berdiet mati dlm keadaan suspicious?
iols speku lain sbb hati hitam mengatakan kemati ...

Org India ckp mendiang kena bunuh dgn lakinya sebab insurance.. katanya lakinya dah muflis..

lasagna Publish time 11-10-2023 07:58 AM

haifawehbe replied at 11-10-2023 03:55 AM
Org India ckp mendiang kena bunuh dgn lakinya sebab insurance.. katanya lakinya dah muflis..

iya ada juga dgr, sbb mostly kuarga kapoor ni tak berkenan dgn sheol.
tu yg masa kejadian, crime scene dia sgt2 suspicious.
tp sbb kan kuarga kapoor ni ada nama T20 so mesti ada selit2 coverina kes ni.

kucingitam Publish time 11-10-2023 08:56 AM

virgocircus replied at 10-10-2023 02:33 PM
Zaman iols kecik2 tgk citer dia ni pasal movie ular. Mmg femes citer ular acik ni. Mcm femes Suzana...

filem Nagin

sue_liah Publish time 13-10-2023 03:21 PM

org2 byk duit mcm retis2 ni bukan susah sangat pun nak berdiet

duit ada upah je la tukang masak, masak healthy food

nak bersenam upah je la juru latih apa susah

dah kenapa nak berdiet sampai sakit segala mcm tak lojik pulak

girlfriday13 Publish time 13-10-2023 11:04 PM

hidet replied at 10-10-2023 09:40 PM
haruslah she ada alter muka jugak.tapi she mmg cantik la dri muda sampai tua

Memang zaman sekarang ni, nak cantik mostly g alter. Tapi paling sedih alter2 kena hencam macam aisywarya tu. Sedih ek.

Page88 Publish time 14-10-2023 01:58 AM

Everyone knows she was murdered.

sarah_ary2 Publish time 15-10-2023 07:47 AM

Sridevi ni masa muda dulu aiols suka dia lagi compared to Madhuri, sebab dia boleh bawak watak yg kelakar dan juga watak serius, and sebab dia dancing skills dia juga walaupun x dilatih dr kecik
Pages: [1]
View full version: Aktres Sridevi Meninggal Dunia Kerana Diet Ekstrem


ADVERTISEMENT