mattzzx Publish time 5-10-2023 05:23 PM

Regu negara ke separuh akhir

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tak_1696492499.jpg
REGU takraw negara atasi cabaran Vietnam dan Singapura. FOTO PSM

Hangzhou: Skuad takraw negara mengesahkan tempat ke separuh akhir acara antara regu Sukan Asia 2022 sebagai juara Kumpulan A selepas memenangi kedua-dua aksi peringkat kumpulan di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua, sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun berpeluang menyumbang satu lagi pingat buat kontinjen negara selepas memenangi perak dalam acara regu berpasukan, minggu lalu.

Pada aksi pertama di sebelah pagi berdepan Vietnam, regu negara dibarisi Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Amirul Zazwan Amir dan Muhammad Zarif Marican bergelut pada set pertama yang menyaksikan mereka tewas 17-21.

Namun trio Vietnam dibarisi Dau Van Hoang, Vuong Minh Chau dan Nguyen Hoang Lan tewas mudah pada set kedua 9-21 sebelum regu negara menoktahkan kemenangan 21-11 pada set ketiga dalam masa 65 minit.

Tampil dengan motivasi tinggi susulan kemenangan pada aksi pertama, pertukaran dilakukan di mana regu negara dibarisi Mohamad Azlan Alias dibawa masuk menggantikan Muhammad Afifuddin Mohd Razali untuk pertemuan berdepan Singapura, petang tadi.

Regu negara tidak berdepan masalah mengetepikan regu Singapura yang menampilkan Muhammad A'fif Safiee, Muhammad Ramli Saari dan Asy Syariq Mohamad Khalid 21-10 pada set pertama.

Set kedua menyaksikan regu negara tidak memberi peluang dengan mereka menang mudah 21-6 ke atas jiran seberang tambak itu.

Aksi separuh akhir akan berlangsung esok dan sekiranya regu negara melepasi halangan separuh akhir, mereka akan bertarung di pentas akhir pada Sabtu.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/10/1016765/regu-negara-ke-separuh-akhir

Tokeybundle Publish time 5-10-2023 10:43 PM

Tahniah. Moga berjaya sumbangkan pingat
Pages: [1]
View full version: Regu negara ke separuh akhir


ADVERTISEMENT