mattzzx Publish time 5-10-2023 05:22 PM

Arsyad tekad tebus silap

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SUKAN_ASIA_HANGZHOU_2022_1696493095.jpg
(DARI kiri) Khairul Hafiz, Arsyad, Jonathan dan Azeem selepas tamat acara 4x100m akhir di Stadium Olimpik Hangzhou.

Hangzhou: Pelari pecut negara, Muhammad Arsyad Md Saat tekad bangkit dan kembali lebih pantas untuk membantu kuartet negara selepas apa yang berlaku di temasya Sukan Asia Hangzhou.

Dia turut mengharapkan dapat kembali memperkuatkan rangkaian pelari negara di Sukan Sea, Thailand nanti.

Kuartet 4x100 meter (m) hanya dipisahkan 0.10s dengan rekod kebangsaan iaitu 39.09s yang dilakar pada temasya Sukan Sea Hanoi dua tahun lalu untuk menduduki tempat kelima di temasya berkenaan.

Namun ia dibatalkan kerana kuartet negara didapati melakukan kesalahan TR17.3.1 iaitu melakukan pencerobohan lorong sekali gus menyaksikan kedudukan kelima menjadi milik kuartet Indonesia.

Arsyad mengakui ia mungkin salahnya kerana melakukan kesalahan itu tanpa sengaja.

"Saya kecewa kerana saya rasa ia berpunca daripada saya. Sebab saya penyertaan kita dibatalkan. Tapi ini pengalaman berguna untuk saya dan saya akan cuba bangkit selepas ini memburu catatan masa lebih pantas," katanya.

Arsyad turut berada dalam rangkaian pelari negara ketika menyumbangkan pingat di Sukan Sea Hanoi yang lalu bersama-sama Muhd Azeem Fahmi, Muhammad Haiqal Hanafi dan Muhammad Zulfiqar Ismail.

Namun terpaksa direhatkan daripada senarai pelari kuartet negara di Kejohanan Olahraga Asia (ATF) di Bangkok kerana berdepan kecederaan.

Untuk rekod catatan masa dilakukan di Sukan Asia iaitu 39.19s itu adalah yang ketiga terpantas dilakukan barisan pelari negara bermula dengan rekod kebangsaan 39.09s di Hanoi diikuti 39.17s di ATF dan terbaharu 39.19s di Hangzhou.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/10/1016771/arsyad-tekad-tebus-silap

Tokeybundle Publish time 5-10-2023 10:47 PM

X de rezeki kat situ. X pela ambil ia sbg pembakar semangat
Pages: [1]
View full version: Arsyad tekad tebus silap


ADVERTISEMENT