mattzzx Publish time 5-10-2023 05:20 PM

Skuad compound panah gangsa

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gg_1696496358.jpg
TRIO compound negara menewaskan wakil Chinese Taipei. FOTO Majlis Olimpik Malaysia

Hangzhou: Skuad compound berpasukan lelaki negara menyelamatkan maruah kem memanah negara apabila merangkul pingat gangsa dalam acara compound berpasukan lelaki di Pusat Sukan Fuyang Yinhu, sebentar tadi.

Trio negara dibarisi Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghaz dan Mohamad Syafiq Md Ariffin menundukkan trio Chinese Taipei (Chang Cheng Wei, Chen Chieh Lun, Yang Cheng Jui) dengan keputusan 228-208.

Ini menyaksikan mereka mengekalkan pencapaian sama selepas skuad compound berpasukan lelaki turut memenangi pingat gangsa pada temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang.

Pingat gangsa ini menjadi satu-satunya pingat dibawa pulang kem memanah negara bagi edisi 2022 di Hangzhou.

Ia juga pencapaian terbaik buat atlet memanah negara di Hangzhou selepas pemanah compound dan recurve yang lain masing-masing kandas di tangan lawan masing-masing.

Terdahulu, mereka berjaya mengesahkan slot ke separuh akhir acara itu apabila menyingkirkan wakil Iran, Mohammadsaleh Palizban, Armin Pakzad dan Milad Rashid menerusi keputusan 227-221 pada aksi suku akhir.

Bagaimanapun, hasrat mereka untuk mara ke final disekat trio Korea Selatan, Joo Jaehoon, Yang Jaewon dan Kim Jongho yang meraih kemenangan tipis 232-230 ke atas gandingan negara.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/10/1016794/skuad-compound-panah-gangsa

Tokeybundle Publish time 5-10-2023 10:48 PM

Tahniah. Anda terbaik
Pages: [1]
View full version: Skuad compound panah gangsa


ADVERTISEMENT