Raline Publish time 5-10-2023 01:58 PM

Neeraj pertahan emas dalam situasi keliru

Neeraj pertahan emas dalam situasi keliru

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/GAMES-ASIA__1696477418.jpg
NEERAJ memenangi pingat emas acara merejam lembing dengan catatan 88.88 meter. FOTO REUTERS


Hangzhou: Acara trek dan padang di Sukan Asia terpalit kontroversi lagi apabila pegawai gagal merekodkan rejaman pertama yang bagus bagi juara dunia dan Olimpik bagi acara merejam lembing, Neeraj Chopra, semalam.

Jaguh India itu memenangi pingat emas dengan catatan 88.88 meter (m) pada rejaman keempat.

Tetapi, sebelum itu dia ketinggalan di belakang rakan senegara dan pencabar utama, Kishore Jena dan berdepan risiko kehilangan emas berikutan berlaku kekeliruan.

Neeraj adalah peserta kedua yang membuat rejaman di final dan rejaman pertamanya dilihat melepasi jarak lebih 85m, tetapi catatannya itu tidak dipaparkan pada papan digital.

Sebelum isu berkenaan diselesaikan, atlet berikutnya sudah membuat rejaman.

Tetapi, nama Neeraj masih dipaparkan di papan digital dan maklumat online rasmi kejohanan serta khidmat keputusan, seolah-olah dia masih belum membuat rejaman pertamanya.

Penangguhan terpaksa dibuat dan pegawai teknikal mula berbincang untuk menyelesaikan isu itu.

Neeraj kemudian bercakap kepada mereka dan menyatakan protes dengan alasan dia sudah membuat satu rejaman yang baik.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku," katanya kepada media.

"Saya bertekak (protes) dengan mereka kerana ia adalah rejaman yang bagus. Saya tanya mereka apa yang berlaku dan saya berjumpa mereka sebanyak enam kali."

Tidak lama kemudian, beberapa pegawai berkumpulan di kawasan lembing dibaling Neeraj mendarat dan menunjukkan beberapa kawasan dengan kaki mereka.

"Saya mahu faham dan tahu apa yang berlaku," katanya.

"Mereka terus mencari tempat dan tanda lembing itu jatuh, tetapi gagal menemuinya. Saya rasa ia balingan yang bagus, akan lihat rakaman video selepas ini dan tidak tahu jaraknya.

"Jadi, saya agak kecewa kerana ia adalah rejaman yang baik dengan bantuan angin."

Menurutnya, mungkin berlaku masalah teknikal atau mungkin mereka belum habis mengukur jarak rejamannya apabila atlet kedua tampil melakukan rejaman.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/10/1016636/neeraj-pertahan-emas-dalam-situasi-keliru

Pages: [1]
View full version: Neeraj pertahan emas dalam situasi keliru


ADVERTISEMENT