mattzzx Publish time 5-10-2023 12:42 PM

Simone juara dunia kali ke-20, AS teruskan dominasi

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/GYMNASTICS-WORLD__1696472661.jpg
SIMONE menjadi tonggak penting kemenangan pasukan wanita AS. FOTO REUTERS

Antwerp: Simone Biles meraih gelaran dunia ke-20 ketika membantu pasukan wanita Amerika Syarikat (AS) meraih pingat emas ketujuh berturut-turut di Kejohanan Gimnastik Dunia, awal pagi tadi.

AS meneruskan penguasaan yang bermula sejak 2011 dan kali ini tanpa kehadiran Rusia iaitu pasukan terakhir yang menundukkan mereka dalam kejohanan utama.

"Memang gila, kami terus berkuasa dan saya sangat bangga dengan pasukan," kata Simone yang kembali semula ke gelanggang selepas berehat selama dua tahun.

"Ia adalah gelaran ketujuh berturut-turut bagi AS. Bagi kebanyakan ahli pasukan kami kali ini, ia adalah gelaran Kejohanan Dunia pertama dan saya teruja berkongsi kegembiraan ini dengan mereka."

Pasukan AS itu meraih 167.729 mata untuk meraih emas mengatasi Brazil (165.530 mata) manakala tuan rumah Olimpik tahun depan, France meraih gangsa dengan (164.064 mata).

"Dia adalah pemimpin, memiliki seseorang sepertinya akan menjadi inspirasi dan menggalakkan. Pasukan AS bersatu dan kami melakukan apa yang sepatutnya malam ini," kata rakan sepasukan Simone, Shilese Jones.

Kejayaan pasukan itu membolehkan Simone merangkul pingat dunia yang ke-26 dan mencipta rekod 20 gelaran dunia.

Malah, dia boleh melebarkan rekod apabila berpeluang menaiki podium lima kali lagi di Antwerp.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/10/1016607/simone-juara-dunia-kali-ke-20-teruskan-dominasi
Pages: [1]
View full version: Simone juara dunia kali ke-20, AS teruskan dominasi


ADVERTISEMENT