mattzzx Publish time 5-10-2023 10:31 AM

Skuasy buru tiga emas hari ini

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SUKAN_ASIA_2022_SKUASH_WANITA_BERPASUKAN_1696471757.jpg
SIVASANGARI menjadi sandaran emas apabila beraksi di final perseorangan wanita, hari ini. FOTO ASYRAF HAMZAH

Hangzhou: Tinggal berbaki tiga hari lagi temasya Sukan Asia dengan banyak pingat ditawarkan, hari ini.

Malaysia hampir pasti memenangi 27 pingat, sekali gus mencapai sasaran ditetapkan untuk kontinjen negara pada temasya kali ini.

Atlet karate negara akan mula beraksi hari ini dalam acara kata individu wanita dan kumite 75 kilogram (kg) lelaki.

Malaysia akan bergantung kepada Lovelly Anne Robberth dan R Sharmendran untuk meraih keputusan terbaik.

Tiga pingat sudah pasti milik Malaysia menerusi acara skuasy, tetapi adakah S Sivasangari (perseorangan wanita), Ng Eain Yow (perseorangan lelaki) dan beregu campuran, Syafiq Kamal-Aifa Azman akan menamatkan saingan dengan meraih pingat emas?

Ini kerana, ketiga-tiganya berjaya mara ke final dan sekurang-kurangnya, perak sudah berada dalam genggaman.

Di Gimnasium Binjiang, atlet badminton negara akan berjuang untuk memburu tempat ke separuh akhir, sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding temasya di Jakarta-Palembang 2018 yang menyaksikan mereka pulang dengan tangan kosong.

Malaysia mempunyai wakil dalam semua acara kecuali perseorangan wanita.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/10/1016603/skuasy-buru-tiga-emas-hari-ini
Pages: [1]
View full version: Skuasy buru tiga emas hari ini


ADVERTISEMENT