mattzzx Publish time 4-10-2023 10:33 AM

Salah lorong, penyertaan kuartet 4x100m lelaki negara batal

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/batal_1696346816.jpg
PENYERTAAN kuartet 4X100m negara dibatalkan kerana melakukan pencerobohan lorong.

Hangzhou: Penyertaan kuartet 4x100m (m) lelaki negara dibatalkan susulan kesalahan pencerobohan lorong yang dilakukan atlet negara pada final di Stadium Olimpik Hangzhou, malam tadi.

Berdasarkan keputusan rasmi di laman Sukan Asia 2022, kuartet negara didapati melakukan kesalahan TR17.3.1 iaitu melakukan pencerobohan lorong sekali gus menyaksikan kedudukan kelima menjadi milik kuartet Indonesia.

Sebelum itu, kuartet negara dibarisi Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Fahmi itu melakukan catatan 39.19 saat untuk menamatkan saingan di tangga kelima secara keseluruhan.

Pingat emas dimenangi China dengan catatan 38.29 saat sementara kuartet Jepun dengan catatan 38.44 saat memenangi pingat perak.

Gangsa menjadi milik Korea Selatan dengan catatan 38.74 saat.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/10/1016158/salah-lorong-penyertaan-kuartet-4x100m-lelaki-negara-batal
Pages: [1]
View full version: Salah lorong, penyertaan kuartet 4x100m lelaki negara batal


ADVERTISEMENT