mattzzx Publish time 3-10-2023 05:26 PM

Jurulatih tempatan mampu lahirkan Azeem kedua

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SUKAN_ASIA_2022_OLAHRAGA_100METER_1696324133.jpg
AZEEM raih gangsa acara 100m di Hangzhou.

Kuala Lumpur: Kenapa perlu menghantar atlet olahraga berkelana ke luar negara jika di Malaysia mempunyai jurulatih yang lebih baik.

Pemerhati sukan negara, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, jika hendak hantar atlet ke luar negara, mereka harus menjadi seseorang yang luar biasa agar boleh mendapatkan perhatian khusus dari jurulatih tersebut.

Misalnya Muhammad Azeem Fahmi, dia mencatat masa 10.09 saat (s) yang juga rekod kebangsaan. Di Universiti Auburn di Amerika Syarikat (AS), dirinya mendapat perhatian khusus dari pihak universiti dan jurulatih di sana.

Malah Azeem menjadi antara pelari penting buat univesiti tersebut dan mendapat pendedahan ke kejohanan utama mewakili Universiti Auburn.

"Catatan masa terbaik Azeem ketika berlatih di Malaysia dan setakat ini, dia masih belum memecah rekod peribadinya.

"Ketika itu yang melatihnya jurulatih Malaysia dan ini bermakna kita ada potensi tersebut untuk melahirkan lebih ramai pelari seperti Azeem," katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, jika seseorang atlet tersebut tidak mampu menarik perhatian jurulatih, ia akan merugikan atlet itu sendiri kerana di sana ada ramai pelari terbaik.

Pekan berharap pada masa akan datang, atlet Malaysia lebih memilih untuk mengadakan latihan di Malaysia kerana berpendapat jurulatih tempatan juga boleh melahirkan pelari yang boleh mencatat masa di bawah 10.0s berbanding pergi ke luar negara untuk mendapatkan latihan di sana.

Namun begitu, jurulatih olahraga yang ada perlulah memantapkan ilmu serta pengetahuan lebih mendalam agar perkara ini dapat direalisasikan.

"Jurulatih kita perlu yakin dengan kemampuan yang ada dan jangan rendah diri sehingga kita kiblatkan jurulatih luar.

"Yang jurulatih tempatan perlu menambah pengetahuan lebih mendalam berkenaan olahraga supaya kita boleh melahirkan atlet yang boleh bersaing di peringkat tertinggi," kata Pekan.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/10/1016048/jurulatih-tempatan-mampu-lahirkan-azeem-kedua
Pages: [1]
View full version: Jurulatih tempatan mampu lahirkan Azeem kedua


ADVERTISEMENT