tatod Publish time 3-10-2023 11:19 AM

Impian T.O.P Ke Bulan Tinggal Mimpi, Roket Spacex Milik Elon Musk Belum Siap

Penyanyi, T.O.P terpaksa menangguhkan hasrat menyertai misi ke bulan dijadualkan berlangsung tahun ini.


Penangguhan tersebut dibuat susulan kapal angkasa yang sepatutnya membawa mereka ke bulan masih belum disiapkan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/03/111850ebbz9gxb29bmbp98.png



Profesor dari Universiti Kyunghee iaitu Kim Sung Soo turut menjangkakan misi diberi nama Dear Moon itu berkemungkinan tidak boleh dilaksanakan dalam masa terdekat.


"Kami telah melengkapkan kontrak dengan usahawan dari Jepun untuk memiliki roket yang diberi nama Starship.


"Mengikut perancangan awal, kami sepatutnya sudah berada di bulan tapi pembinaan Starship oleh syarikat SpaceX tergendala.


"Misi tersebut tidak akan diteruskan dalam tahun ini dan mungkin juga tidak dalam masa beberapa tahun akan datang," jelasnya dalam satu kenyataan.


Dear Moon merupakan satu misi yang direncanakan oleh seorang jutawan dari Jepun bernama Yusaku Maezawa untuk membawa lapan orang berpengaruh dari seluruh dunia mengelilingi bulan selama enam hari.


T.O.P yang juga merupakan bekas anggota kumpulan kpop Big Bang adalah salah seorang terlibat dalam misi berkenaan.


Rancangan tersebut diumumkan Disember tahun lalu dan turut mendapat kerjasama syarikat SpaceX milik usahawan terkenal Elon Musk.




Sumber: mStar

mamajawie Publish time 3-10-2023 11:42 AM

percaya lagi dgan mas elon tah ye tah tak nk pegi ke bulan tu..

sayurmayur88 Publish time 3-10-2023 11:47 AM

nasib malang nant jd mcm jutawan yg mati dalam kapal selam expedisi titanic tuh

nadie90 Publish time 3-10-2023 12:02 PM

Patut la TOP boleh amik projek siri SG season 2 heheh tibah

virgocircus Publish time 3-10-2023 06:21 PM

Bertabahlah bam top. Mas Elon tu mmg camtu. Citer nak havoc

I.K.A888990 Publish time 4-10-2023 09:28 AM

mcm mana la top ni boleh terjebak dgn projek ni eh
mcm kelakau pn ada

Guli Publish time 9-10-2023 02:14 PM

TOP pergi la buat lagu ker... sayang bakat ada daripada tunggu bulan tu entah jadi ker tak

exad Publish time 19-10-2023 11:54 PM

Edited by exad at 27-10-2023 02:57 PM

I guess you're putting your trust inMr. Elon again, whether you want to journey to the moon or not.




mxngchii Publish time 22-10-2023 03:47 PM

I.K.A888990 replied at 4-10-2023 09:28 AM
mcm mana la top ni boleh terjebak dgn projek ni eh
mcm kelakau pn ada

Youu hahagagagagaga tersedak saliva i baca komen ni
{:gif_haha:}

Tp tulah cemana lah bole tetibe dia terjebak nak ke bulan lak. Random sungguh

penutupbotol Publish time 27-10-2023 03:32 PM

highambition fuhh

Orangkaya99 Publish time 28-10-2023 04:56 AM

buat lafu baru... moon cancelled

Madel Publish time 28-10-2023 08:49 AM

Pergi la main movie lagi TOP ooi
aku suka sungguh karektor n personality dia dlm movie2.
Amik la lagi watak mcm dlm movie Commitment tu.
Entah dh berapa ratus kali aku katam movie tu:D
peel dunia nyata aku tak minat:doh3:

borrow Publish time 28-10-2023 09:24 PM

Dari dulu lg dgr retis bakal beroket. Justin bieber , lady gaga , lance bass etc . Tp ada ke yg dh lepas ek?

Page88 Publish time 29-10-2023 02:05 AM

Elon is so narcissistic.

Yoonggi Publish time 1-11-2023 01:51 PM

I.K.A888990 replied at 4-10-2023 09:28 AM
mcm mana la top ni boleh terjebak dgn projek ni eh
mcm kelakau pn ada

Jutawan Jepun yg ajak dia. Tatau la kot jutawan tu sponsor ke hapa. Sbb mhl wo fees dia :laugh3:

Yoonggi Publish time 1-11-2023 01:52 PM

Madel replied at 28-10-2023 08:49 AM
Pergi la main movie lagi TOP ooi
aku suka sungguh karektor n personality dia dlm movie2.
Amik la lag ...

Nmpk tough kan dan berkarisma wataknya.

Yoonggi Publish time 1-11-2023 01:53 PM

Xpala Top, fokus je kr bisnes wine ko tu. Mesti byk untung

kitaserupaaa Publish time 1-11-2023 02:44 PM

Yoonggi replied at 1-11-2023 01:51 PM
Jutawan Jepun yg ajak dia. Tatau la kot jutawan tu sponsor ke hapa. Sbb mhl wo fees dia

Jutawan jepun tu katanya kawan baik top kan? Sama2 minat art juga. Crew misi dear moon ni majoriti org yg terlibat dlm bidang seni.

JahLupa Publish time 1-11-2023 10:30 PM

Si telon ni mcm scammer lak dah. Baru ni isu dia kata suppy tenet kat gaza tu pun katanye x betul.
Pages: [1]
View full version: Impian T.O.P Ke Bulan Tinggal Mimpi, Roket Spacex Milik Elon Musk Belum Siap


ADVERTISEMENT