mattzzx Publish time 3-10-2023 11:05 AM

Kuartet sama jadi taruhan final 4x100m

https://assets.bharian.com.my/images/articles/GAMES-ASIA_cc_1696253657.jpg
Kuartet negara (kanan) ketika kelayakan 4x100m lelaki Sukan Asia. - REUTERS

HANGZHOU: Kuartet 4x100 meter (m) lelaki dijangka mempertaruhkan barisan pelari yang sama apabila turun beraksi di final acara itu pada temasya Sukan Asia, Hangzhou kali ini.

Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim ketika dihubungi berkata, berkemungkinan besar tiada perubahan akan dilakukan dalam usaha mereka memburu catatan masa di bawah 39 saat (s) sekali gus mencatat rekod baru kebangsaan.

Skuad kebangsaan dijangka akan membariskan atlet yang sama beraksi di separuh akhir iaitu Khairul Hafiz Jantan selaku pelari pertama diikuti Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Fahmi.

"Mungkin tiada perubahan dalam barisan pelari dan apa yang kita buat adalah melakukan analisa bersama dengan pasukan ISN (Institut Sukan Negara) untuk mantapkan larian mereka saja," katanya.



Terdahulu kuartet negara itu menamatkan aksi separuh akhir di kedudukan ketiga terbaik dengan catatan 39.40 saat (s) untuk layak secara automatik ke final.

Dalam perkembangan lain, Poad berkata, kuartet wanita negara akan terus beraksi di pentas akhir esok dan mengharapkan kejayaan Shereen Samson Vallabouy yang merangkul gangsa dalam acara 400m akan membantu menaikkan semangat pelari yang lain.

Kuartet wanita kali ini akan diwakili Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya dan Shereen selaku pelari terakhir.

Sasaran yang ditetapkan buat skuad wanita adalah untuk melakukan catatan terbaik musim ini yang juga rekod baru kebangsaan iaitu 44.58s yang dilakukan ketika temasya Sukan SEA Kemboja Mei lalu.
https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2023/10/1159930/kuartet-sama-jadi-taruhan-final-4x100m
Pages: [1]
View full version: Kuartet sama jadi taruhan final 4x100m


ADVERTISEMENT