tatod Publish time 2-10-2023 11:51 PM

Ada Pihak Sanggup Bayar Tonton Aksi Ghairah, Megan Fox Samakan Pelakon Dengan Pelacur

Bintang Hollywood Megan Fox mengejutkan ramai pihak apabila mengeluarkan kenyataan menyamakan karier lakonan sama seperti seorang pelacur.


Megan atau Megan Denis Fox, 38, berkata, dia menyamakan dua pekerjaan itu kerana ada pihak seolah-olah cuba memijak maruahnya apabila sanggup membayar sejumlah wang untuk menonton lakonan adegan asmaranya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/02/235103kasaqldjtglypg4t.png



Pelakon itu memberitahu dia berasa jijik dan permintaan individu tersebut seolah-olah menjatuhkan maruahnya sebagai anak seni.


"Kalau difikirkan kami yang bekerja sebagai pelakon sama sahaja seperti seorang pelacur kerana kami dibayar untuk berpura-pura tertarik terhadap orang lain," katanya menerusi temu bual bersama majalah GQ.


Tambah Megan, ada segelintir pihak sanggup mengeluarkan wang yang banyak demi menonton lakonan mereka terutamanya ketika melakukan aksi asmara seperti bercium dan adegan ranjang.


Dalam pada itu, Megan turut menyifatkan industri Hollywood yang memperkenalkan imej wanita liarnya malah kesal sering terpalit dengan pelbagai cerita kontroversi.




Sumber: mStar

lanacondor Publish time 3-10-2023 03:43 PM

Sheolz ni lawa betul

virgocircus Publish time 3-10-2023 06:19 PM

Minah ni x puas enjoy dah kawin n beranak pinak. Tu yg skang ntah ape2 perangai dia bila dgn mgk. Minum darah la bagai.

_blackbird Publish time 4-10-2023 09:24 PM

Duli aku suka megan ni mmg lawa gila. Tapi sejak akhir2 ni mcm merepek pulak. Ntah apa2 ntah. Dulu dia seksi skang seksa nokkkkk

iolss Publish time 6-10-2023 05:31 PM

i minat uols dlu megan.,. hahaaa
Pages: [1]
View full version: Ada Pihak Sanggup Bayar Tonton Aksi Ghairah, Megan Fox Samakan Pelakon Dengan Pelacur


ADVERTISEMENT