mattzzx Publish time 30-9-2023 11:49 AM

LTdL 2023: Penantian juara Weemaes berakhir

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/09/LTDL.jpg
WEEMAES (tengah) akhirnya menikmati gelaran juara peringkat apabila menguasai Peringkat 7 perlumbaan dari Muar ke Seremban 2 semalam

SEREMBAN – Penantian pasukan Human Powered Health untuk melakar kemenangan pertama peringkat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 akhirnya tercapai selepas Sasha Weemaes muncul juara Peringkat 7 selepas menempuh perjalanan sejauh 123.8 kilometer (km) dari Muar ke Seremban 2 semalam.

Weemaes sebelum ini sekadar menamatkan saingan tempat kedua pada Peringkat 1 (Kerteh-Kuala Terengganu) dan tempat ketiga sewaktu Peringkat 4 (Bukit Mertajam-Meru Raya) bangkit mengetepikan pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid De Kleijn dan pelumba Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa.

Lebih manis, ia adalah kemenangan profesional kedua buat pelumba kelahiran Belgium itu selepas kali terakhir pada lima tahun lalu di peringkat pertama A Travers Les Hauts De France Trophee Paris-Arras Tour.

Kali terakhir Human Powered Health merasai nikmat kejuaraan peringkat LTdL adalah pada 2018 melalui pelumba Kanada, Adam De Vos.

“Saya sangat gembira hari ini, saya tidak menyerah kalah. Hari ini semuanya sempurna, saya berbangga dengan pasukan dan gembira.

“Seperti semalam perlumbaan begitu pantas, sama juga hari ini, ada laluan naik dan turun. Saya rasa sangat bagus.

“Ia penamat musim yang baik selepas beraksi buruk sepanjang tahun, banyak berkaitan masalah kesihatan saya hadapi, kemenangan ini sangat bermakna buat saya dan juga pasukan,” kata pelumba Weemaes yang berusia 25 tahun.

Bagaimanapun, pelumba EF Education-Easypost, Simon Carr masih lagi mengekalkan Jersi Hijau (Pendahulu Keseluruhan) dengan catatan masa 26:05.14s, diikuti rakan-sepasukan, Jefferson Alexander Cepeda (0.49s) dan Pablo Castrillo dari Equipo Kern Pharma (0.58s).

De Kleijn pula masih mengekalkan Jersi Jingga (Raja Pecut) selepas mengumpul 63 mata, diikuti Weemaes 48 mata dan Syritsa di kedudukan ketiga (43 mata).

Rakan sepasukan De Kleijn, Simon Pellaud mengekalkan Jersi Polka Dot (Raja Bukit) selepas mengumpul 32 mata diikuti Carr, 20 mata dan Castrillo 13 mata.

Sementara itu Jersi Putih (Terbaik Asia) kekal milik pelumba Astana Qazaqstan Team, Vadim Pronskiy selepas mengumpul catatan masa 26:06:29s, diikuti pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Jambaljamts Sainbayar (26:08.33s), manakala wakil Roojai Online Insurance, Ariya Phounsavath di kedudukan ketiga (26:11.18s).

Peringkat terakhir esok akan bermula dari Setia Alam menuju ke ibu negara, Kuala Lumpur dengan melibatkan perlumbaan sejauh 156.5km.


https://www.kosmo.com.my/2023/09/30/ltdl-2023-penantian-juara-weemaes-berakhir/
Pages: [1]
View full version: LTdL 2023: Penantian juara Weemaes berakhir


ADVERTISEMENT