mattzzx Publish time 30-9-2023 11:48 AM

Qabil Ambak lupakan Paris 2024

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/09/Qabil-Ambak-1.jpg
QABIL AMBAK berbangga kerana menjadi penyumbang pingat emas pertama Malaysia bagi acara ekuestrian di pentas Sukan Asia sejak 1982 di New Delhi.

HARAPAN para peminat sukan tanah air melihat Mohd. Qabil Ambak Mahamad Fathil menjadi atlet ekuestrian pertama negara beraksi di pentas Sukan Olimpik pada edisi Paris 2024 di Perancis bermula Julai tahun depan tidak kesampaian.

Qabil Ambak, 43, menjelaskan, perkara itu sememangnya tiada dalam perancangannya memandangkan tempoh kelayakan untuk beraksi di pentas berprestij dunia tersebut akan ber­akhir pada Disember depan.

Disebabkan itu, kejayaan meraih pingat emas Sukan Asia Hangzhou dalam kategori dressage individu kelmarin dianggap sebagai hadiah paling bermakna buat dirinya untuk mengubati kekecewaan tersebut.

“Saya menanti agak lama sejak 1998 bertanding untuk dapatkan pingat emas. Alhamdulillah selepas 25 tahun berjaya juga.

“Untuk Olimpik saya tiada pe­rancangan nak bertanding kerana kelayakan habis pada Di­sember tahun ini. Jadi saya ha­nya fokus untuk Sukan Asia.

“Saya harap kejayaan ini akan memberikan semangat kepada penunggang-penunggang lain di negara kita untuk mencapai pencapaian yang sama di Sukan Asia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kejayaan itu merupakan sejarah baharu sukan ekuestrian negara kerana ia adalah pingat emas pertama Malaysia dalam acara berkenaan di Sukan Asia sejak ia mula diperkenalkan pada edisi 1982 di New Delhi, India.

Qabil Ambak bersama kuda­nya, Rosenstolz memungut 75.780 mata pada final di Pusat Ekuestrian Tonglu, menewaskan pemenang pingat perak dari Hong Kong, Jacqueline Wing Ying Siu dan atlet India, Anush Agarwalla yang meraih gangsa.
https://www.kosmo.com.my/2023/09/30/qabil-ambak-lupakan-paris-2024/
Pages: [1]
View full version: Qabil Ambak lupakan Paris 2024


ADVERTISEMENT