mattzzx Publish time 30-9-2023 11:34 AM

Mat Kasim bersara selepas 35 tahun berkhidmat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/29hmmtk1ds_1695986376.jpg
TIMBALAN Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (kiri) menyerahkan Sijil Penghargaan dan Perkhidmatan kepada Mat Kasim yang bersara selepas 35 tahun berkhidmat. FOTO Bernama.

Kuala Lumpur: Hujan renyai-renyai iringi persaraan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim.

Selepas lebih tiga dekad menabur bakti, beliau diberikan penghormatan terakhir sebagai pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam upacara paluan berundur di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini, hari ini.

Dilahirkan pada 5 Mei 1964, anak jati Kuantan, Pahang itu memulakan kerjaya sebagai Kadet Penolong Penguasa (ASP) dan menjalani latihan asas kepolisan di Pulapol Kuala Lumpur pada 28 Februari 1988.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu pernah memegang pelbagai jawatan antaranya Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri, Johor pada 2016, Timbalan Pengarah Teknikal Operasi Jabatan Logistik dan Teknologi pada tahun 2017.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah (2018), Ketua Polis Melaka (2019), Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman (2020) sebelum dilantik ke jawatan terakhirnya sebagai Pengarah JSPT pada September 2021.

Graduan lulusan Sains Komputer dari Universiti Teknologi Mara itu juga dikurniakan Darjah Kebesaran Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang, Darjah Kebesaran Pangkat Pertama Panglima Gagah Pasukan Polis dan Panglima bagi menghargai jasanya sepanjang perkhidmatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/09/1014717/mat-kasim-bersara-selepas-35-tahun-berkhidmat
Pages: [1]
View full version: Mat Kasim bersara selepas 35 tahun berkhidmat


ADVERTISEMENT