Raline Publish time 30-9-2023 08:22 AM

Sharul Aimy raih gangsa, kecewakan juara Olimpik

Sharul Aimy raih gangsa, kecewakan juara Olimpik
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/09/sharul-aimy.jpg
SHARUL AIMY berjaya meraih pingat gangsa bagi disiplin melombol individu lelaki pada Sukan Asia Hangzhou hari ini.


PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol individu lelaki.

Kejayaan itu diraih selepas Sharul Aimy berjaya mengutip 14.466 pada aksi final yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Huanglong hari ini.

Lebih membanggakan apabila Sharul Aimy berjaya menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Korea Selatan, Shin Jea-hwan yang terpaksa akur menamatkan saingan di tempat keempat.

Pingat emas bagi acara itu dimenangi gimnas Jepun, Wataru Tanigawa selepas meraih 15.016 mata, manakala perak menjadi milik atlet dari Iran, Mahdi Olfati yang memungut 14.783 mata. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09/29/sharul-aimy-raih-gangsa-kecewakan-juara-olimpik/

Pages: [1]
View full version: Sharul Aimy raih gangsa, kecewakan juara Olimpik


ADVERTISEMENT