Raline Publish time 30-9-2023 08:13 AM

Keunggulan Hadis 40 Imam An-Nawawi

Keunggulan Hadis 40 Imam An-Nawawi
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0902rsaddin_1693692020.jpg
KARYA Imam an-Nawawi secara kolektif dianggap mewakili intipati dan terasajaran Islam yang sempurna.


Hadis 40 Imam an-Nawawi(wafat 676H)adalah himpunan empat puluh dua hadis Nabi SAW yang cukup penting dan signifikanuntukpegangan setiap umat Islam secaraamnya. Ini kerana himpunan kesemua hadissecara kolektifboleh dianggap mewakili intipati dan terasbagiajaran Islamyangsempurna.Kata Imam an-Nawawi:"Setiap hadisdaripadanya merupakan kaedah besar daripada kaedah-kaedah utama agama, yang(setiap satunya)disifatkanolehulamasama ada berkisartumpuan ajaran Islam di atasnya, atau ia separuh ajaran Islam, atau sepertigaajaran Islam,atauciriyang seumpama itu."

Antaratemaagama yang disentuh ialah berkaitan niat, ibadat, iman, ihsan, ketentuan takdir, halal, haram, nasihat, jihad, ketaatan, keyakinan, kasih sayang,kehormatan diri, menghargai orang lain, akhlak mulia,mengikutsunah, bersederhana, penghakiman,mencegahkemungkaran, persaudaraandantaubat.   

Namun, ada pihak yang cubamengelirukantema hadis kelapanmengenai jihadyang diriwayatkan daripada lbnu'UmarRAbahawa Rasulullah SAW bersabda: ‎ ‎"Aku telah diperintahkan supaya memerangi(menggesasungguh-sungguh)manusia sehingga mereka bersaksi bahawa ‎ sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, ‎ mereka mendirikansolatdan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian,‎maka mereka telah memelihara darah dan harta mereka daripadaku melainkan dengan hak‎lslam,manakalaperhitungan amal merekapulaterserah kepada Allah Taala." (Riwayat al-Bukharidan Muslim)

Pihak terbabitseolah-olahsengajamemahamisecaranegatif Nabi SAW diperintahkan supaya menyebarkan Islam secara kekerasandan paksaandengan memerangi umat manusia sehingga mereka memeluk Islam.WalhalAllah SWT jelas berfirman: "Tidakada paksaan dalam agama(Islam)."(al-Baqarah:256).Maka ,hadisberkenaantidak boleh difahamisecara berasingan daripadadalil yang lain.

Kalimah'memerangi'bolehdifahamimelaluiseluruh usaha dan perlaksanaan dakwah Nabi SAW selama 23 tahun Baginda menjadi rasul.Dalam tempoh ini, Baginda diperintahkan untukberusahamendirikan hukum Allah SWT di atas muka bumi denganmenzahirkan kebenarandakwah Islamdan bersungguh-sungguh menyebarkannya kepada umat manusia untuk menyelamatkan mereka daripadaazabapi neraka di Akhirat kelak.

Jika kitamerujuk tempoh dakwah Nabi SAW di Makkah selama 13 tahun, maka maksudkalimah 'memerangi'ialahmenyebarkan dakwah Islamdenganbersungguh-sungguhkeranajelastiada perang yang berlakudalamtempohini. Manakala setelah Nabi SAW berhijrah ke Madinah dan ramai yang memeluk Islam sehingga Islam menjadi kuat, makamaksud kalimah 'memerangi' ialahmenggesakansungguh- sungguhdakwah Islamkepada umat manusiakerana iamerupakantugas kenabian yang wajib dilaksanakan.Sehubunganitu,jihaddisyariatkankepadaNabi SAWdan kekalmenjadisebahagiantuntutanagama sehinggalahhari kiamat.

Jelasnya, maksud kalimah 'memerangi'dapat difahami melaluikeseluruhansirah nabawiyyah.Misalnya, perang Badar berlaku kerana Nabi SAWmahu menzahirkan kekuatan Islam dengan menuntut belaterhadap harta bendaorangIslam yang dirampas ketika mereka di Makkah.LaluBagindadan sahabatnya cuba untuk memitas rombongan dagang Qurasiy yang melalui sempadan Madinah. Tetapi mereka berjaya meloloskan diri dan meminta bantuan pihak Quraisy Makkah sehingga terjadi peperangan.

Perang Uhud pula berlaku kerana pihak Quraisy tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka semasa perang Badar. Begitu juga perang Khandaq berlaku kerana kaum Quraisy dan sekutu mereka bersepakat untuk menyerang dan menghapuskan umat Islam. Perang Khaibar berlaku kerana puak Yahudi bertindak menghasut kabilah-kabilah Arab untuk menyerang umat Islam di Madinah.

Kemuncaknyaberlakupembukaan kota Makkahapabila kaum Quraisymelanggar perjanjian damai yang telah dimeterai semasa di Hudaibiyah hingga akhirnya seluruh semenanjung Arab tunduk kepada kekuasaan Islam. Kekuatan baharu Arab ini turut menggoyahkan Empayar Rom sehingga merekamerancanguntuk menyerang umat Islam.Lalu, Nabi SAW menyambut ancaman mereka dengan menyediakan kekuatan besar tentera Islam yang siap untuk berjihad dalam perang Tabuk.

Dengan kekuatan dimiliki, seruanrahmatIslamjuga ditawarkan kepada negeri yang belum memeluk Islam. Sekiranya mereka tidak mahu menerimaIslampuntidak menjadi masalah kerana tiada paksaan dalam beragama, namun mereka mestilah membayar jizyah (cukai) sebagai tanda balasan terhadap kerajaan Islam yang bertanggungjawab melindungi nyawadanharta mereka. Sebagaimana orang Islamsendiridiwajibkan membayar zakat.

Ringkasnya, pihak yang memahamikalimah 'memerangi' semata-matasebagai membunuh orang bukan Islam selagi mereka tidak memeluk Islamtanpa penjelasan rasionallainadalah kefahaman yangsangatdangkaldanamatjauh daripada kebenaran dan realiti.

Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Universiti Islam Selangor (UIS)

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/2023/09/1005806/keunggulan-hadis-40-imam-nawawi

Pages: [1]
View full version: Keunggulan Hadis 40 Imam An-Nawawi


ADVERTISEMENT