CARI-MRO Publish time 29-9-2023 04:06 PM

Nyum! 4 Restoran Berasaskan Tumbuhan Di Korea, Khas Untuk Vegetarian

Anda seorang vegetarian dan ada ada perancangan nak bercuti ke Korea selatan?


Jom check it out di mana kedai yang menjual makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang boleh anda cuba di sana!


Vegan Kitchen


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/29/160433f822eo277wxo31wx.pngFoto: Silly Little Kiwi




Vegan Kitchen merupakan sebuah restoran vegan dan mempunyai sijil halal Korea yang disahkan dan ada bayak sangat menu yang boileh dipilih. Anda boleh cuba burger 'daging' di mana 'daging' itu diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Kedai ini terletak di 21 Toegye-ro 20-gil Jung-gu, Seoul.


Plant Cafe & Kitchen

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/29/160431mznf24jzo2bqqnon.pngFoto: Silly Little Kiwi









Menu yang ditawarkan termasuk salad, sandwic, burger sayuran dan makan malam seperti pasta. Selain itu, ada juga hidangan air kombucha, smoothie dan jus daripada buahan segar yang sejuk.


Dapur hanyaberoperasi setakat jam 9 malam, jadi kalau nak makan malam kena datang awal. Selain itu, restoran ini juga menerima tempahan tetapi, bukan pada hari yang sama jadi korang perlu pesan sekurangnya sehari sebelum. Plant Cafe & Kitchen dibuka setiap hari kecuali pada hari Sabtu.


Oh Se Gae Hyang


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/29/160431lrhnzc8rnyv8sins.pngFoto: Silly Little Kiwi







Restoran vegan Seoul ini dimiliki oleh syarikat makanan vegetarian terkenal Korea dan kebanyakan menu di sisnidiinspirasikan dari Korea dan Cina dengan beberapa hidangan pasta dan salad. Restoran ini melampirkan menu bersama bahan yang digunakan dan ianya disahkan halal.


Saffron Restaurant


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/29/160432g2ma8u99n7tnuzit.pngFoto: Silly Little Kiwi









Saffron Restaurant menyajikan makanan halal dari Arab dan timur tengah di mana lokasinya sangat mudah dicari kerana ia sekitar 15 minit berjalan kaki pusat bandar Myeongdong.


Pelbagai jenis masakan dihidangkan di sini termasuk makanan berasaskan tumbuhan. Jangan risau kalaudatang secara berkumpulan dan ada kawan yang tidak makan daging haiwan.


Pekerja di sini juga sangat ramah dan boleh berbahasa Arab menyerikan lagi suasana di restoran ini.-CARI


Sumber: Kimchi Daily

chacon Publish time 29-9-2023 04:11 PM

uhhhhh xsedap

zuriey Publish time 29-9-2023 09:37 PM

Kita manusia bkn kambing lah

haprak4042 Publish time 30-9-2023 07:36 PM

dah pernah rase makanan berasaskan tumbuhan nih...haih...tetaplaaa aku nak makan ayam jugakk..makan sayur ja lama2 jadi kambing woiii...

bibimbap tu pon keme campur daging or ayam baru ade ummph,kalau tak..hmmmmm jela rase nye

{:8_646:}

Tinot7 Publish time 2-10-2023 11:55 AM

Mana alamat2 utk kedai #2, 3 &4?
Pages: [1]
View full version: Nyum! 4 Restoran Berasaskan Tumbuhan Di Korea, Khas Untuk Vegetarian


ADVERTISEMENT