tatod Publish time 28-9-2023 10:55 AM

Shakira Didakwa Elak Bayar Cukai Lagi, Kali Ini Sebanyak RM33 Juta

Kerajaan Sepanyol sekali lagi mendakwa penyanyi pop berasal dari Colombia iaitu Shakira mengelak membayar cukai buat kali kedua.


Menurut BBC News, pendakwa raya di negara itu memaklumkan penyanyi itu mengelak untuk membayar cukai sebanyak €6.7 juta (RM33.3 juta) pada tahun 2018.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/28/105455n3we3ql153w1zpm5.jpg



Perkara tersebut berlaku apabila Shakira gagal mengisytiharkan tunai bayaran pendahuluan untuk Jelajah Dunia El Dorado bernilai jutaan euro dan beberapa pembayaran yang lain.


Pendakwa raya Sepanyol membuka siasatan kedua untuk penyanyi itu pada Julai 2023.


Rangkaian Sepanyol RTVE berkata, penyanyi berusia 46 tahun itu mengetahui pertuduhan baharu itu, bagaimanapun pasukan guamannya di Miami masih belum dimaklumkan mengenai perkara itu.


Ini kerana pasukan guamannya sedang memberi tumpuan kepada persediaan untuk perbicaraan bagi tahun fiskal 2012 hingga 2014 yang akan bermula pada 20 November depan.


Untuk info, Shakira berdepan sebanyak enam perbicaraan berkenaan dakwaan jenayah cukai di Barcelona pada November depan.


Dalam kes tersebut, dia telah dituduh gagal membayar cukai €14.5 juta (RM72.04 juta) antara 2012 dan 2014, namun dia berulang kali menafikan mengenai perkara itu.




Sumber: mStar

A-Are Publish time 2-10-2023 02:01 PM

Shakira dan cukai berpisah tiada....

borrow Publish time 3-10-2023 07:48 AM

christiano ronaldo masa main kat spain ,ada isu cukai juga.   Income tax sana tinggi , liat nk membayor

iolss Publish time 6-10-2023 05:32 PM

ko perform nyanyi 2 3 lagu gelek2 skit je dah ble byr 33jota tu shakira ;P..alahaiiii
Pages: [1]
View full version: Shakira Didakwa Elak Bayar Cukai Lagi, Kali Ini Sebanyak RM33 Juta


ADVERTISEMENT