mattzzx Publish time 27-9-2023 03:28 PM

Perancis larang atletnya pakai tudung di Olimpik Paris

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hijab333_1695790146.jpg
GAMBAR hiasan. FOTO AGENSI

Paris: Perancis melarang atletnya daripada memakai tudung pada Sukan Olimpik tahun depan, dengan negara itu berpegang kepada 'rejim sekularisme yang ketat' di Paris.

Menteri sukan negara itu mengumumkan berita berkenaan semasa wawancara dengan program politik Perancis, Dimanche en Politique.

Menjelaskan keputusan kerajaan Perancis itu, Amelie Oudea-Castera berkata, ia diputuskan selepas berbincang dengan Perdana Menteri, Elisabeth Borne.

"Kami sudah menjelaskan kepada Perdana Menteri hasrat kami untuk memastikan dasar sekularisme dipatuhi. Wakil delegasi kami tidak akan memakai tudung," kata Oudea-Castera.

"Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, yang mengawal peraturan setiap peserta, mengikut logik di mana pemakaian tudung bukan sebagai faktor agama tetapi sebagai faktor budaya," tambah Oudea-Castera.

Memakai tudung di Olimpik bukan sesuatu yang asing. Di Olimpik Rio pada tahun 2016, atlet lawan pedang, Ibtihaj Muhammad menjadi wanita Islam pertama dari Amerika Syarikat (AS) memakai tudung di temasya sukan terbesar dunia itu.

Perancis sudah melarang pemain-pemain bola sepaknya daripada memakai tudung ketika mewakili negara berkenaan.

Persekutuan Bolasepak Dunia (Fifa) membenarkan pemakaian tudung dalam kejohanan anjuran badan induk itu selepas ia dilarang dari tahun 2007 hingga 2014.

Perancis bagaimanapun terus melarang pemakaian tudung di negara itu termasuk ketika mereka menganjurkan Piala Dunia Wanita 2019.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/09/1013876/perancis-larang-atletnya-pakai-tudung-di-olimpik-paris
Pages: [1]
View full version: Perancis larang atletnya pakai tudung di Olimpik Paris


ADVERTISEMENT