mattzzx Publish time 27-9-2023 10:40 AM

E-sukan raih perak kedua buat negara

https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo1695731769_1695731940.jpg
Pasukan e-sukan negara menerima pingat perak selepas menentang pasukan China pada final Arena of Valor di temasya Sukan Asia Hangzhou dekat Pusat e-sukan Hangzhou, China. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

HANGZHOU: Malaysia memenangi pingat perak kedua di Sukan Asia Hangzhou menerusi e-sukan.

Pada aksi final Arena of Valor yang berlangsung di Pusat e-Sukan Hangzhou itu, skuad Malaysia yang diketuai Lai Chai Chein, Nicholas Ng, Yong Zhang Quan, Ong Jun Yang, Eng Jun How dan Chong Han Hui terpaksa akur apabila tewas 0-2 di tangan China.

Tuan rumah tampil sebagai pasukan pilihan diwakili Sun Linwei, Luo Siyuan, Chi Xiaoming, Xu Bicheng, Jiang Tao dan Lin Heng.

Terdahulu dalam aksi penentuan gangsa, Thailand berjaya menewaskan Vietnam 2-0.



Meskipun terlepas emas namun ini adalah pingat sulung Malaysia bagi e-sukan di pentas Sukan Asia.

Pada edisi sebelum ini di Jakarta-Palembang lima tahun lalu, e-sukan diperkenalkan buat kali pertama sebagai sukan pertunjukan.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/09/1157634/e-sukan-raih-perak-kedua-buat-negara
Pages: [1]
View full version: E-sukan raih perak kedua buat negara


ADVERTISEMENT