tatod Publish time 27-9-2023 10:27 AM

Song Joong Ki Terluka, Isteri Jadi Bahan Gosip Sampai Ke Eropah

Pelakon Song Joong Ki meluahkan rasa sedih apabila timbul pelbagai khabar angin tentang isterinya iaitu Katy Louise Saunders sejak mereka bergelar suami isteri.


Joong Ki berkata, terdapat segelintir pihak wartawan cuba mencipta khabar angin tentang Katy dengan menyebarkan pelbagai cerita fantasi seolah-olah menulis novel.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/27/102729ph0zkjqrhdjaorlq.png



Kata pelakon drama Reborn Rich itu, dia berasa sakit hati dengan perkara itu dan meminta ia dihentikan segera.


"Ada segelintir wartawan menulis 'novel' tentang isteri saya dan perkara itu membuatkan saya terluka.


"Perbuatan ini jelas tidak bertanggungjawab dan seolah-olah cuba memburukkan Katy yang langsung tidak bersalah," katanya.


Apa lebih menyedihkan kata Joong Ki, kisah tidak benar mengenai dia dan isteri tersebar sehingga ke media di United Kingdom.


Akibat perkara itu, Joong Ki berkata, Katy terpaksa memendam rasa disebabkan hal berkaitan peribadinya menjadi tumpuan dunia.


"Bayangkan betapa sakitnya hati Katy apabila perkara ini berlaku. Dia juga ada beritahu berita mengenainya turut tersebar di UK.


"Dia tidak biasa dengan perhatian diberikan apatah lagi apabila timbul pelbagai dakwaan tidak benar tentang kami," jelasnya.


Joong Ki dan Katy berkahwin pada Januari lalu dan pada Jun pelakon itu mengumumkan isterinya melahirkan bayi lelaki.


Untuk rekod, Joong Ki pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Song Hye Kyo pada 2017 selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Descendant of The Sun.


Bagaimanapun, hubungan pasangan selebriti ini tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2019.




Sumber: mStar

yeos Publish time 27-9-2023 10:33 AM

baru tau dia ni dah remarried

irvene Publish time 27-9-2023 10:35 AM

bukan handsome pun, rakyat korea mmg buta. Oops! muka rakyatnya pun marhean. so taste pun marhean lah :lol:

sayurmayur88 Publish time 27-9-2023 10:37 AM

ok, gossip yg sangat mengasah minda

mamajawie Publish time 27-9-2023 11:52 AM

dah dia cerai dgan ex wife rmai marah kt heolss

CikNano Publish time 27-9-2023 11:57 AM

Heols xminat, redflagghh

BoongaKertas Publish time 27-9-2023 02:13 PM

CikNano replied at 27-9-2023 03:57 AM
Heols xminat, redflagghh

kenapa redflag chuols?

dekmieDandy Publish time 27-9-2023 02:13 PM

ooo lupa lak dia khawin kokesen

delia3003 Publish time 27-9-2023 02:16 PM

Anak lelaki, biasa rupa banyak ikut mak. Mesti comel.

delia3003 Publish time 27-9-2023 02:18 PM

mamajawie replied at 27-9-2023 11:52 AM
dah dia cerai dgan ex wife rmai marah kt heolss

Dua side pun kena kutuk dulu masa bercerai.

I.K.A888990 Publish time 27-9-2023 03:18 PM

dia dgn ex bini dua2 ada negative vibes

gideoncross Publish time 27-9-2023 10:11 PM

yeos replied at 27-9-2023 10:33 AM
baru tau dia ni dah remarried

Hri tu dh remarried dgn Katy Saunders ni, mcm2 gossip kluar & mostly dri fans of Song Hye Kyo.

gideoncross Publish time 27-9-2023 10:12 PM

I.K.A888990 replied at 27-9-2023 03:18 PM
dia dgn ex bini dua2 ada negative vibes

Dorg knal pun sbb brlakon sma2 dlm series Descendent of the sun. Cinta lokasi kot sbb Song Hye Kyo pun bnyk knl exes dia thru brlakon sma2.

gideoncross Publish time 27-9-2023 10:14 PM

mamajawie replied at 27-9-2023 11:52 AM
dah dia cerai dgan ex wife rmai marah kt heolss

Sbb fans asek trbwa2 dri series, knonnya utk fantasy dorg smpaikn dorg x dpt bezakn d antara reality & fantasy. Ntah2 Sasaeng.

mamajawie Publish time 29-9-2023 10:35 AM

delia3003 replied at 27-9-2023 02:18 PM
Dua side pun kena kutuk dulu masa bercerai.

betul tapi bila joong ki kawen kokosen lagi kuat kena kutuk dgn kfans..alahai dah jodoh apa masalahnya

mamajawie Publish time 29-9-2023 10:35 AM

gideoncross replied at 27-9-2023 10:14 PM
Sbb fans asek trbwa2 dri series, knonnya utk fantasy dorg smpaikn dorg x dpt bezakn d antara reali ...

kan..rilex2 je la kfans pun over nau..

delia3003 Publish time 29-9-2023 12:44 PM

mamajawie replied at 29-9-2023 10:35 AM
betul tapi bila joong ki kawen kokosen lagi kuat kena kutuk dgn kfans..alahai dah jodoh apa masala ...

I rasa itu setakat shippers yang tak boleh move on je. General public bukan kisah sangat pun melainkan skandal besar.

borrow Publish time 30-9-2023 11:22 AM

dpt baby boy. trigin pula nk tgk. tp babysemua lebih kurang ja , kena tunggu setahun dua baru nampak rupa.

maroon_nerd Publish time 2-10-2023 11:15 PM

Aku kalau tengok dia ngan bini dia ni, aku rasa bini dia terlalu basic untuk lelaki cam dia. Dia glemer kot. Bini dia marhaen sangat. Setakat omputeh je la. Tu pun omputeh marhaen wajah village2.

virgocircus Publish time 3-10-2023 06:32 PM

Fan bitter ni ko ignore jelah. Tapi yelah..dahla bini dlm pantang masa tu, baca news mcm ni boleh mental oi. Bertabahlah bam joongki.
Pages: [1] 2
View full version: Song Joong Ki Terluka, Isteri Jadi Bahan Gosip Sampai Ke Eropah


ADVERTISEMENT