Raline Publish time 26-9-2023 10:05 PM

Cabaran skuad badminton berpasukan lelaki bermula

Cabaran skuad badminton berpasukan lelaki bermula
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tzeyong26_1695734006.jpg
TZE Yong menjalani latihan menjelang acara berpasukan lelaki di Sukan Asia Hangzhou.



Hangzhou: Skuad badminton negara sudah bersedia sepenuhnya bagi memulakan cabaran dalam acara berpasukan lelaki di Sukan Asia Hangzhou, bermula Khamis ini.

Skuad negara yang diperkuatkan dengan kehadiran bekas juara Seluruh England, Lee Zii Jia dan bekas juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia -Soh Wooi Yik tiba di Hangzhou, semalam dan memulakan sesi latihan pertama mereka di Gimnasium Binjiang, hari ini.

Undian bagi berpasukan lelaki dijadual berlangsung esok.

Walaupun menyenaraikan barisan pemain terbaik, Malaysia akan memulakan cabaran sebagai pasukan 'underdog' apabila tidak diletakkan sebagai pilihan dalam acara berpasukan.

Namun, pasukan itu tetap membara bagi menggalas tugas di Hangzhou.

Pemenang pingat perak perseorangan lelaki Sukan Komanwel Birmingham 2022, Ng Tze Yong sudah tidak sabar untuk beraksi dan mahu mencetuskan impak positif pada penampilan pertamanya di Sukan Asia.

"Ini adalah Sukan Asia pertama saya dan saya tidak mahu menyesalinya. Saya teruja untuk beraksi di sini," kata pemain ranking ke-19 dunia itu.

Tze Yong, 23, akan menggalas peranan sebagai perseorangan lelaki nombor dua negara di belakang Zii Jia.

Pemain kelahiran Johor itu berharap dapat mengekalkan momentumnya musim ini termasuklah ketika mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong, minggu lalu.

Pemain lain yang turut membarisi skuad negara kali ini adalah bekas pemenang gangsa Kejohanan Dunia, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin; bekas juara remaja Asia, Leong Jun Hao, Cheam June Wei, Gooh Soon Huat dan Chen Tang Jie.

Skuad negara hadir di Hangzhou dengan misi untuk menebus kekecewaan lima tahun lalu apabila pulang dengan tangan kosong pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2023/09/1013739/cabaran-skuad-badminton-berpasukan-lelaki-bermula

Pages: [1]
View full version: Cabaran skuad badminton berpasukan lelaki bermula


ADVERTISEMENT