Raline Publish time 26-9-2023 10:02 PM

Pasukan AOV rangkul perak kedua negara

Pasukan AOV rangkul perak kedua negara
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/valor26_1695732741.jpg
PASUKAN e-sukan Arena of Valor menghadiahkan pingat perak kedua buat kontinjen negara. FOTO FACEBOOK MAJLIS SUKAN NEGARA



Hangzhou: Malaysia memenangi pingat perak kedua di Sukan Asia Hangzhou menerusi e-sukan, hari ini.

Pada aksi final Arena of Valor (AOV) yang berlangsung di Pusat e-Sukan Hangzhou itu, skuad Malaysia diketuai Lai Chai Chein, Nicholas Ng, Yong Zhang Quan, Ong Jun Yang, Eng Jun How dan Chong Han Hui terpaksa akur apabila tewas 0-2 di tangan China.

Tuan rumah yang tampil sebagai pasukan pilihan diwakili Sun Linwei, Luo Siyuan, Chi Xiaoming, Xu Bicheng, Jiang Tao dan Lin Heng.

Terdahulu dalam aksi penentuan gangsa, Thailand menewaskan Vietnam 2-0.

Meskipun terlepas emas, ini adalah pingat sulung Malaysia bagi e-sukan di pentas Sukan Asia.

Pada edisi sebelum ini di Jakarta-Palembang pada 2018, e-sukan diperkenalkan buat kali pertama sebagai sukan pertunjukan.



SumbeR:https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/09/1013735/pasukan-aov-rangkul-perak-kedua-negara

Pages: [1]
View full version: Pasukan AOV rangkul perak kedua negara


ADVERTISEMENT