mattzzx Publish time 26-9-2023 06:09 PM

Aiman simpan tenaga untuk 'Queen Stage'

https://assets.bharian.com.my/images/articles/LTDL_PERINGKAT_KEEMPAT_BUKIT-MERTAJAM_KE_MERU_1695722758.jpg
Pelumba berkayuh pada Peringkat 4 perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Bukit Mertajam ke Meru Raya sejauh 140.2 kilometer hari ini. - NSTP/ASWADI ALIAS.

IPOH: Pelumba pasukan kebangsaan Malaysia, Muhammad Nur Aiman Rosli 'tidak kisah' terlepas Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia di Peringkat 4 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Bukit Mertajam ke Meru Raya, hari ini.

Aiman berkata, kayuhan sejauh 140.2 kilometer (km) hari ini tidak 100 peratus digunakannya bagi membolehkan mereka mengumpul sebanyak mungkin tenaga untuk peringkat pendakian 'Queen Stage' dari Slim River ke Genting Highlands, esok.

"Esok hari penting, Queen Stage. Jadi kalau kami 'pulun' hari ini, esok tak ada 'kaki' dan ia menyukarkan kami. Jadi kami simpan (tenaga) untuk peringkat esok," kata pelumba berusia 24 tahun itu.

"Kami tak guna habis (tenaga). Memang simpan untuk esok kerana esok hari penting."



Aiman yang sanggup 'melupakan' Sukan Asia Hangzhou untuk menyertai LTdL 2023 terlepas Jersi Putih kepada pelumba Thailand Continental Cycling Team, Ratchanon Yaowarat pada perlumbaan Peringkat 4.

Yaowarat mendahului carta perebutan Jersi Putih dengan 16 jam 1 minit dan 16 saat (s) manakala rakan sepasukannya, Thanakhan Chaiyasombat di kedudukan kedua, 16:01:20s.

Aiman berkongsi masa dengan Chaiyasombat untuk berada di kedudukan ketiga keseluruhan dan kedua-duanya ketinggalan empat saat di belakang Yaowarat.

Aiman menamatkan perlumbaan di tempat ke-37 pada perlumbaan hari ini manakala Yaowarat di tempat ke-47 namun pelumba Thailand itu memperoleh mata bonus selepas menyambar zon pecutan pertama di Bagan Serai dan ketiga di Talang.

"Perkara ini tidak dirancang kerana dia terlepas, jadi tak nak bazir kaki untuk mengejar dia. Esok hari paling penting untuk kami kerana pendakian. Insya-Allah, esok kami akan cuba ambil semula (Jersi Putih) di Genting Highlands. Itulah perancangan kami," kata Aiman.

Peringkat 5 sejauh 126.4km esok membabitkan dua zon pecutan di Tanjung Malim dan Gombak selain tiga zon pendakian, masing-masing di Rawang Bypass (Cat4), Bentong (Cat1) dan Genting Highlands (Hors).
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/09/1157561/aiman-simpan-tenaga-untuk-queen-stage
Pages: [1]
View full version: Aiman simpan tenaga untuk 'Queen Stage'


ADVERTISEMENT