mattzzx Publish time 26-9-2023 11:06 AM

Pelumba Giant Cycling Team ‘kayuh’ seorang diri LTdL 2023

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/09/WhatsApp-Image-2023-09-26-at-9.46.31-AM.jpeg
AKSI pelumba-pelumba berbasikal ketika perlumbaan Peringkat 3 dari Jeli ke Baling sejauh 183.1 km dalam siri jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 semalam.

BUKIT MERTAJAM – Pelumba Giant Cycling Team, Deng Penghai tetap meneruskan perjuangan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 Peringkat 4 dari Bukit Mertajam ke Meru Raya, Ipoh hari ini biarpun tiga rakan sepasukannya tidak dapat meneruskan perjuangan selepas terlibat kemalangan semalam.

Penghai dikejutkan apabila dimaklumkan bahawa tiga rakan sepasukannya gagal memulakan perlumbaan Peringkat 3 Jeli-Baling semalam apabila van yang dinaiki rakan sepasukannya itu terbalik sebelum perlumbaan bermula.

Kemalangan tersebut dikatakan berpunca daripada pemandu hilang kawalan sebelum van tersebut terbalik di kilometer 34 menuju ke Baling selepas pasukan tersebut terlajak daripada tempat permulaan perlumbaan yang terletak di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/09/WhatsApp-Image-2023-09-26-at-9.46.33-AM.jpeg
BARISAN pelumba pasukan Giant Cycling Team yang bersaing pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.

“Sejujurnya saya rasa kurang gembira apabila mengetahui berita kemalangan membabitkan tiga orang rakan sepasukan saya hari ini (semalam)

“Terlebih dahulu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput kami untuk menyertai perlumbaan berprestij seperti ini, atas disebabkan itu, saya tetap juga meneruskan cabaran berkayuh seorang diri hari ini.

“Saya tidak pernah berdepan dengan situasi sebegini, ini adalah yang kali pertama berlaku. Memang sukar berkayuh seorang dirix

“Apapun, saya tetap kuatkan semangat setelah pengurus saya memberikan kata-kata sokongan dan turut menjelaskan tiga rakan saya yang terlibat dengan kemalangan itu selamat, sedikit sebanyak saya juga berasa amat lega,” kata Penghai yang menamatkan saingan tempat ke-76 semalam.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/09/706cffcd-fba0-46ac-8d88-d915a1163788.jpg
KEMALANGAN membabitkan sebuah van rasmi yang membawa pasukan Giant Cycling Team pada laluan perlumbaan Peringkat 3 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Jeli ke Baling semalam.

Pelumba yang terbabit dalam kemalangan itu dikenali sebagai Lin Chuanyang, Wang Zichen dan Huang Junlei, manakala Deng Penghai masih lagi meneruskan saingan untuk baki perlumbaan LTdL 2023.

Sementara itu, Pengurus Giant Cycling Team berkata, kejadian yang menimpa mereka amat jarang berlaku dan percaya pihak penganjur akan memberikan penjelasan sewajarnya kepadanya.

“Ketika kejadian, tiga orang pelumba saya berada di dalam van itu. Mereka pun dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan selepas imbasan dilakukan, mujur tiada kecederaan serius,” ujarnya.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/09/WhatsApp-Image-2023-09-25-at-12.34.10-PM.jpeg
BARISAN pelumba melalui laluan kemalangan membabitkan sebuah van rasmi yang membawa pasukan Giant Cycling Team Peringkat 3 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Jeli ke Baling semalam.

Perlumbaan Peringkat 4 akan bermula tepat jam 10 pagi hari ini di Kompleks Sukan MBSP, Bukit Mertajam dan akan berakhir Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak dengan meliputi perjalanan sejauh 140.2km. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/09/26/pelumba-giant-cycling-team-kayuh-seorang-diri-ltdl-2023/
Pages: [1]
View full version: Pelumba Giant Cycling Team ‘kayuh’ seorang diri LTdL 2023


ADVERTISEMENT