Raline Publish time 25-9-2023 11:54 AM

Salma Hayek percaya rahsia cantik tak perlu bersenam

Salma Hayek percaya rahsia cantik tak perlu bersenam


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/09/ezgif.com-webp-to-jpg-30.jpg
SALMA HAYEK


MENITI usia 57 tahun, pelakon Salma Hayek seperti tidak dimakan usia, dia masih jelita dengan potongan badan yang dicemburui wanita lain.

Menerusi temu bual bersama Entertainment Tonight, Hayek mendedahkan rahsia kecantikannya hanya melakukan meditasi.

Pelakon berdarah kacukan Mexico-Amerika itu mengakui, dia sebenarnya seorang wanita yang malas melakukan aktiviti senaman.

“Saya tidak rajin bersenam apa lagi berkunjung ke pusat kesihatan. Namun, apa yang saya lakukan hanyalah bermeditasi untuk mendapatkan bentuk tubuh menarik,” ujarnya.

Kata bintang Frida itu, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menjaga kesihatan tubuh badan selain daripada bersenam.

“Setiap pagi, saya akan ‘berkomunikasi’ dengan diri sendiri. “Jika saya tidak bermeditasi, saya rasa tahap kesihatan akan menurun dan akan mengalami rasa sakit pada leher, pinggang dan pergelangan kaki,” katanya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09/25/salma-hayek-percaya-rahsia-cantik-tak-perlu-bersenam/

Pages: [1]
View full version: Salma Hayek percaya rahsia cantik tak perlu bersenam


ADVERTISEMENT