Raline Publish time 25-9-2023 11:50 AM

Kes perpisahan paling mahal

Kes perpisahan paling mahal


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MA1309erin_1695596481.jpg
Tiger Woods dan Elin Nordegren.


Selain menempa populariti kisah cinta, kes perceraian selebriti dan individu berpengaruh sering menjadi tajuk utama berita media antarabangsa.

Ia terutama apabila membabitkan pasangan yang bukan sahaja popular, tetapi tergolong antara orang terkaya di dunia.

Berikut adalah penyelesaian kes perceraian selebriti dan individu berpengaruh yang termahal pernah direkodkan:

1. Kim Kardashian dan Kanye West - AS$200,000 (kira-kira RM953,300)

Selepas Kim dan West mengumumkan perpisahan pada 2021, tumpuan terarah mengenai cara pasangan itu membahagikan kekayaan mereka yang dilaporkan berjumlah AS$2.1 bilion (kira-kira RM9.8 bilion).

Pada November tahun lalu, media melaporkan kedua-duanya tidak akan membayar nafkah sesama mereka.

Bagaimanapun, West dituntut membayar AS$200,000 (kira-kira RM935,300) sebulan untuk nafkah anak. Pasangan itu mempunyai empat anak, North, Saint, Chicago dan Psalm.

2. Bill Gates dan Melinda Gates - tidak pasti

Pada Mei 2021, Bill Gates dan isterinya selama 27 tahun, Melinda, mendedahkan mereka mahu berpisah.

Pencipta Microsoft dan isterinya tidak mempunyai perjanjian pranikah dan berkongsi beberapa aset. Ini bermakna, Melinda berkemungkinan untuk menerima separuh daripada kekayaan Gates yang bernilai lebih AS$130 bilion (kira-kira RM608 bilion).

Tiada butiran dikeluarkan mengenai jumlah akhir yang diterima oleh Melinda.

3. Jeff Bezos dan MacKenzie Bezos - AS$38 bilion (kira-kira RM177.7 bilion)

Pada 2019 iaitu setahun selepas Bezos yang juga pengasas Amazon diisytiharkan sebagai orang terkaya di dunia, beliau dan isterinya selama lebih 25 tahun mengumumkan perceraian.

Sama seperti Gates dan Melinda, ramai berminat untuk mengetahui bagaimana pasangan itu mengatur aset dan hutang mereka.

Pada akhirnya, Bezos dan MacKenzie menyelesaikan isu itu secara peribadi.

4. Tiger Woods dan Elin Nordegren - AS$100 juta (kira-kira RM467.7 juta)

Perkahwinan selama enam tahun pemain golf terkenal dunia, Woods dengan Elin berakhir pada 2010 selepas hubungan sulit lelaki itu dengan beberapa wanita, terbongkar.

Beberapa laporan pada mulanya mencadangkan Elin diberikan lebih AS$700 juta (kira-kira RM3.3 bilion) daripada kekayaan Tiger.

Namun, Elin dilaporkan menerima AS$100 juta (kira-kira RM467.7 juta) bersama-sama dengan rumah didiami ketika dia berkahwin dengan Woods dan menerima nafkah anak.

5. Harrison Ford dan Melissa Mathison - AS$ 85 juta (kira-kira RM397.5 juta)

Selepas 18 tahun berkahwin, Melissa dan Ford memfailkan perceraian secara baik pada Ogos 2001.

Pasangan itu tidak mempunyai perjanjian pranikah yang menyebabkan mereka terpaksa bersetuju dengan penyelesaian.

Melissa akhirnya dibayar AS$85 juta (kira-kira RM397.5 juta). Hasil rundingan, dia menerima sebahagian daripada pendapatan pada masa depan daripada filem yang dibintangi Ford ketika mereka masih suami isteri.

6. Paul McCartney dan Heather Mills - AS$48.6 million (kira-kira RM227.3 juta)

Perceraian penyanyi, penulis lirik dan pemuzik, McCartney dan ahli perniagaan, Heather pada 2008 menjadi huru-hara apabila bekas isterinya menuntut 125 juta pound sterling (kira-kira RM728.7 juta).

Tetapi, McCartney menawarkan 15.8 pound sterling (kira-kira RM92.1 juta).

Akhirnya, hakim mengarahkan bekas model itu menerima 24.3 juta pound sterling (kira-kira RM141 juta).

7. Michael Jordan dan Juanita Jordan - AS$ 168 juta (kira-kira RM785.7 juta

Salah satu penyelesaian kes perceraian terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) adalah perpisahan pemain bola keranjang, Jordan dengan Juanita pada 2006. Mereka berkahwin selama 17 tahun.

Ia menyebabkan Juanita menerima bayaran AS$168 juta (kira-kira RM786 juta). Model itu juga menerima rumah agam seluas 2.83 hektar di Chicago.

8. Madonna dan Guy Ritchie - AS$75 (kira-kira RM350.7 juta) hingga AS$ 90 juta (kira-kira RM420.9 juta)

Beberapa penerbitan melaporkan Ritchie yang juga pengarah filem Sherlock Holmes akan menerima AS$ 75 juta (kira-kira RM350.7 juta), tetapi yang lain mencadangkan angka itu lebih AS$90 juta (kira-kira RM420.9 juta).

9. Lionel Richie dan Diane Richie - AS$ 20 juta (kira-kira RM93.5 juta)

Selepas lapan tahun sebagai suami isteri, Richie dan Diane berpisah pada 2003.

Penyelesaian perceraian mereka menyebabkan penyanyi itu membayar pereka fesyen berkenaan AS$20 juta (kira-kira RM93.5 juta).


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MA1309guy_1695596484.jpg
MADONNA (kanan) dan Guy Ritchi.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/2023/09/1013111/kes-perpisahan-paling-mahal

Pages: [1]
View full version: Kes perpisahan paling mahal


ADVERTISEMENT