mattzzx Publish time 24-9-2023 03:54 PM

Nur Aiman sarung jersi Merah di laman sendiri

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/09/AA2ndLEAD-AIMAN-ZARIFF.jpg
NUR AIMAN (kiri) bijak menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan melakukan henjutan lebih awal sebelum menawan zon pendakian pertama di Jerangau untuk meraih jersi Merah.

PELUMBA pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Mohd. Zariff membuka kempen pembukaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dengan langkah kanan apabila menyarung Jersi Merah selaku Raja Bukit semalam.

Nur Aiman Zarif yang dalam misi mempertahankan jersi Raja Bukit buat kali ketiga berturut-turut musim ini tampil dengan kayuhan bertenaga pada perlumbaan Peringkat 1 bermula dari Kerteh ke Kuala Terengganu.

Berbekalkan pengalamannya sebelum ini, pelumba berusia 25 tahun itu bijak menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan melakukan henjutan lebih awal sebelum menawan zon pendakian pertama di Jerangau untuk meraih dua mata pertama.

Pelumba Thailand Continental Cycling Team, Siriwut Sirironnachai yang cuba mengejar Nur Aiman Zarif terpaksa akur mengumpul satu mata di zon berkenaan.

Aiman terus menunjukkan kayuhan bertenaga pada zon pendakian kedua di Sekayu, namun terpaksa berpuas hati berada di kedudukan kedua di belakang pelumba Roojai Online Insurance, Tegshbayar Batsaikhan.

Aksi cemerlang tersebut membolehkan Nur Aiman mendahului Jersi Merah pada perlumbaan Peringkat 1 edisi ke-27 tersebut dengan mengumpul tiga mata.

“Kalau ikut perancangan memang Aiman nak ambil dua-dua (tawan) zon pendakian tetapi rezeki hari ini hanya berjaya satu.

“Esok Aiman akan buat yang terbaik kerana fokus Aiman pada Peringkat 3 nanti yang menawarkan empat zon pendakian,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlumbaan semalam.

Kejayaan Aiman sekali gus mengulangi pencapaian pasukannya musim lalu apabila rakan sepasukannya, Jambaljamts Sainbayar meraih Jersi Raja Bukit tersebut tahun lalu pada perlumbaan aksi pembuka tirai.
https://www.kosmo.com.my/2023/09/24/nur-aiman-sarung-jersi-merah-di-laman-sendiri/
Pages: [1]
View full version: Nur Aiman sarung jersi Merah di laman sendiri


ADVERTISEMENT